Monday, August 4, 2014

ANWAR MEMANG GILA KUASA, KATA NGO..

ISNIN, 04 OGOS 2014
KALAU dah gila kuasa tu, memang hura-hara negara dibuatnya. Ini baru memerintah beberapa negeri sahaja dah jadi macam tu. Macamana kalau memerintah satu negara? Sekarang baru rakyat sedar akan warna dan corak pemerintahan Pakatan Pembangkang yang menjadikan parti mereka seperti 'perniagaan sendirian berhad' kerana ditadbir oleh anak-beranak, saudara-mara dan orang kepercayaan masing-masing menyebabkan rakyat semakin kecewa. Perkembangan cukup menghampakan tersebut menyedarkan mereka siapa sebenarnya yang layak menjadi pemimpin di negara ini. IBM sependapat dan menyokong penuh apa yang disuarakan oleh Presiden Power Malaysia, M. Mohana bahawa rakyat kini sudah tidak tahan dengan kerenah pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang bukan sahaja meletakkan anak-beranak dan saudara-mara dalam pentadbiran parti, malah kini dilihat semakin rakus apabila cuba merampas kerusi Menteri Besar Selangor yang masih disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Sebagai contoh, dalam DAPig, Lim Kit Siang berjaya menjadikan anaknya, Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri, kini 'mimpi ngeri' itu berulang apabila (Datuk Seri) Anwar Ibrahim pula sedang sedaya upaya merampas kerusi Menteri Besar di Selangor untuk diberikan kepada isteri tersayang, (Datin Seri Dr.) Wan Azizah (Wan Ismail). Selepas ini entah apa lagi yang hendak dibuat oleh mereka. Rakyat bukan bodoh untuk dimanipulasi sepanjang masa. Mereka semakin faham dengan 'permainan kotor' pembangkang yang lebih berminat untuk mempromosi keluarga masing-masing. Walaupun hebat dengan slogan antirasuah, antinepotisme dan sebagainya, tetapi mereka juga yang menjadi jaguh dalam tidak mencontohi apa diperjuangkan, katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Seperti yang kita tahu, Anwar sebelum ini mengumumkan Wan Azizah yang juga Presiden PKR sebagai calon untuk menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Persoalanya, kenapa baru sekarang Anwar mahu Khalid di gantikan?. Kan sebelum ini Anwar melambung Khalid Ibrahim kononnya Khalid lah Menteri Besar yang berwibawa dan telus serta membawa negeri Selangor ke arah pentadbiran yang betul, serta bebas dari rasuah. Tapi, apa sudah jadi sekarang? Bagi IBM jawapannya sungguh mudah. Anwar gila kuasa, memang gila kuasa dan mengamalkan politik songsang demi untuk kepentingan dirinya dan keluarga. Selangor akan hancur jika Wan Azizah jadi Menteri Selangor. Tak percaya? Tunggu dan lihat sahajalah. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...