JANGAN marah kalau IBM berkata demekian rupa. Dah semakin teruk. Ada kemudahan internet dan bermacam-macam laman sosial terdapat di intenet, tapi disalah gunakan. Kerajaan tidak pernah menyekat atau menapis setiap pengguna di negara ini yang ingin membuka akaun di lama sosial seperti Facebook, twitter, blog dan banyak lagi. Tapi, keadaan sekarang telah tidak dapat dikawal lagi. Bermacam-macam perkara yang boleh mencetuskan provokasi samada menglibatkan penghinaan agama, peribadi dan banyak lagi telah di salah gunakan di dalam internet. Terkini, seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di sini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan tindakannya menekan butang 'Like' I Love Israel di laman sosial Facebook yang mencetuskan kontroversi di kalangan warga sekolah itu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, setakat ini polis telah merekod keterangan lima orang, termasuk guru pelajar berusia 17 tahun itu.
Semalam pihak polis ambil keterangan pelajar berkenaan dan hari ini (Rabu) keterangan diambil lagi terhadap tiga lagi rakannya berusia 17 tahun dan seorang guru berusia 40-an bagi membantu siasatan kes itu, katanya ketika dihubungi, di sini, Rabu. Beliau berkata, tindakan pelajar berkenaan menekan butang 'Like' itu menarik banyak komen antaranya daripada guru sekolah itu yang meluahkan rasa kecewa dan terdapat juga komen yang mengecam dan mencadangkan agar pelajar itu dibakar. Shafien berkata, keadaan itu menyebabkan pelajar berkenaan berasa bimbang untuk ke sekolah berikutan menerima kecaman daripada guru dan rakan-rakan sekolahnya selepas tindakannya itu.
Beliau berkata, pelajar berkenaan yang berasa bimbang dengan keselamatannya membuat laporan polis di Balai Polis Tasek Mutiara dan menutup akaun Facebook miliknya. Shafien berkata, pelajar lelaki itu mendakwa tindakan menekan butang 'Like' itu dilakukan secara tidak sengaja. "Siasatan terbahagi kepada dua aspek iaitu mengapa pelajar itu menyokong laman berkenaan yang mencetuskan perbalahan dan berhubung ancaman yang diterimanya," katanya. Jangan sampai kerajaan menutup laman sosial Facebook ini jika kita sebagai pengguna masih berdegil dan menyalah gunakan laman sosial ini.
Kerajaan tidak bersalah, kita yang bersalah. Oleh itu sama-sama kita gunakan ianya dengan cara yang betul dan berhemah. Banyak info-info yang berguna boleh kita perolehi di internet. jadi, kenapa mesti kita salah gunakan? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Wasallam ~ IBM