HAIRAN jugak. Orangnya hilang tak dapat dikesan, tapi duit dalam Bank hilang dan ada tanda-tanda transaksi mengeluarkan wang. Jesteru, Polis sedang menyiasat transaksi yang mencurigakan membabitkan akaun Bank milik empat penumpang MH370. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, ACP Izany Abdul Ghany berkata, sejak kehilangan pesawat itu, sebuah bank tempatan melaporkan sejumlah RM111,000 dikeluarkan daripada akaun milik empat penumpang pesawat itu.
Bank berkenaan menyedari sejumlah wang telah dikeluarkan daripada akaun terbabit pada 18 Julai lalu. Pihak bank menjalankan siasatan dalaman sebelum membuat laporan polis pada 2 Ogos lalu, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada Rabu. Beliau berkata, siasatan berhubung perkara itu masih dijalankan. Secara lojiknya, bila ada transaksi menunjukkan keujudan si pemegang akaun.
Maka, IBM cuba membuat kesimpulan di sini, adakah mangsa pesawat #MH370 yang hilang masih hidup? Kalau tidak, siapa yang mengeluarkan wang tersebut? Tak apa, jangan peningkan kepala dahulu. Biar polis membuat siasatan. Insyallah, misteri kehilangan #MH370 akan terbongkar juga jika si pengeluar wang mangsa MH370 dapat dikesan. Samada ianya berunsur penipuan atau tidak, kita serahkan kepada pihak polis. Wasallam ~ IBM