SUMBER :
SEKUMPULAN 12 NGO mewakili rakyat Selangor hari ini melancarkan gerakan untuk mempertahankan pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga penggalnya berakhir. Kumpulan NGO itu mengutuk tindakan Pakatan Rakyat yang didakwa mereka menjadi punca krisis, kekecohan dan ketidaktenteraman politik di negeri itu ketika ini. Mereka turut mengumumkan bakal mengadakan program antaranya himpunan aman, menghantar memorandum serta acara keagamaan sehingga malam merdeka bagi menyampaikan mesej kepada semua pihak, dari Istana hingga ke jalan raya. Seramai 30 wakil NGO hadir antaranya dari Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB), Gerakan Anak Bugis Selangor (GRABS), Angkatan Rakyat Sedar (ARAS) dan beberapa lagi NGO wakili pelbagai golongan masyarakat. Mereka melancarkan Gerakan Kebangkitan Rakyat Selangor di Pusat Rekreasi Antan Bantura di Shah Alam hari ini.
Dalam sidang medianya, Pengerusi Penaja GRABS, Faisal Idris berkata rakyat di negeri itu mempersoal mengapa Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang perlu ditukar. Saya tanya mengapa nak tukar pemimpin yang baik? PAS sendiri pun mengakui Khalid pemimpin yang baik. Ini pengkhianatan. Langkah Kajang bukan saja satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia tetapi negeri Selangor," katanya. Sementara Pengerusi ARAS Abdul Rahim Abdul Wahab pula berkata negara, Pakatan Rakyat dan negeri Selangor akan mengalami kerugian dan berdepan impak negatif jika Khalid ditolak sebegitu rupa.
Beliau berkata Pakatan Rakyat perlu mengambil pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat dan mendatangkan manfaat kepada rakyat Selangor. Setelah kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih (pada 2008), Khalid bawa banyak perubahan bukan saja dari segi material, tetapi lebih penting perubahan pendekatan politik. Dari pandangan saya, Khalid tak perlu diganti. Seharusnya beliau habiskan penggal ini sebagai Menteri Besar dan sediakan penggantinya selepas ini, kata Abdul Rahim. Dalam sidang media itu juga, penyanyi Herman Tino yang mewakili komuniti anak seni di negeri itu, secara tenang menyeru semua rakyat Selangor menyokong Sultan Selangor.
Beliau berkata beliau menghantarmalu dengan situasi sekarang terutamanya apabila seorang lagi menteri besar dimalukan kerana dipaksa meletak jawatan. Apapun sekarang ini ahli politik tak dapat tenteramkan negeri Selangor. Saya mohon anak Selangor (termasuk yang) berada di atas pagar dan sokong berdiri di belakang Tuanku, katanya. Sementara itu, PASSMEB akan menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menuntut agensi berkuasa itu mengisytiharkan Khalid bebas korupsi.
Manakala GRABS dan NGO Solidariti untuk Khalid Ibrahim yang dipimpin oleh Hazlan Shaffii Adil pula akan menghantar memorandum menyokong Khalid ke Istana Alam Shah, di Klang petang ini. Mereka juga akan mengadakan majlis solat hajat dan bacaan doa di Masjid Negeri esok bagi mendoakan perjuangan mereka.
P/S ~ Maaflah IBM nak mencelah sikit. Puncanya krisis politik yang memalukan di Selangor ini adalah berpunca dari Anwar al-juburi yang gilakan pangkat dan mengamalkan politik songsang. Dia tak dapat jadi PM, isterinya jadi MB, pun jadilah. Memang Anwar bernafsukan syaitan dan dajjal di era modern ini. Tindakan 12 NGO menghantar memerandum ke Istana agak sikit terlambat, tapi, kita tunggulah apa respon dari Istana nanti. Bagi pandangan IBM, agak sukar bagi Khalid mengekalkan jawatan Menteri Besar kerana desakan dari pakatan haram begitu terserlah. Mereka bertekad untuk menyingkirkan Khalid. Hanya Sultan sahaja yang boleh menyelamatkan Khalid, itupun belum pasti. Nasib ko le Khalid. Wasallam ~ IBM