Wednesday, August 6, 2014

SAYA SERONOK, KATA KHALID...DAH NAK KENA TENDANG PUN KHALID KATA SERONOK?

RABU, 06 OGOS 2014

KEMELUT PEREBUTAN MB SELANGOR...
ORANG kalau dah nak hilang jawatan, mestilah rasa amat-amat tertekan, geram dan sebagainya. Al-maklumlah periok nasi dah ditaruh pasir oleh rakan sepasukan. Tapi, si Khalid gagap ni nampak relax tak panik dan mengelabah. Itu  dari segi pandangan luaran IBM sahaja, tapi, dalam hatinya (Khalid) siapalah tahu. Mengikut Khalid beliau tidak menghiraukan sebarang usaha untuk menyingkirkannya dari terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor, sebaliknya menganggap apa yang berlaku hanya sekadar 'cakap-cakap' sahaja. Malahan, beliau berpendapat, hanya proses undang-undang yang dapat menentukan pihak yang berhak mengisi kerusi panas itu. Bagi dirinya, beliau akan terus menjalankan tugas-tugasnya sebagai menteri besar seperti biasa. Sama ada beliau jadi Menteri Besar atau tidak, itu akan ditentukan oleh proses yang dilaksanakan seperti yang terkandung dalam Enakmen Negeri Selangor. Sebelum apa-apa berlaku atau apa-apa dilaksanakan, sekarang hanya 'bercakap' sahaja tanpa pelaksanaan dan saya masih berkerja sebagai menteri besar dengan penuh minat dan tanggungjawab, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Membina Jambatan Ke-3 Klang dan majlis jamuan hari raya hari ini, Rabu. 

Khalid berkata, setakat ini, beliau tidak terkesan dengan tekanan dan desakan yang dibuat oleh pihak tertentu untuk menyingkirkannya dari kerusi Menteri Besar. Malah, katanya, beliau SERONOK. Desakan sebegitu memberikan beliau azam untuk berkerja dengan lebih cepat dan tertib untuk rakyat Selangor, katanya. Mengulas lanjut mengenai beberapa tindakan dan langkah yang diambil untuk menggantikannya dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah, beliau berkata, hanya dua proses yang dapat memutuskan perkara ini. Satu melalui proses Dewan Undangan Negeri dan satu lagi dengan penglibatan Sultan Selangor, Sultan Shafafuddin Idris Shah, katanya. Mengenai projek jambatan ke-3 Klang yang dilancarkan, Abdul Khalid berkata, jambatan yang merentasi Sungai Klang itu dibina untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar bandar ini, sekali gus menambah baik aliran trafik sedia ada. Kos keseluruhan projek ini dibiayai kerajaan negeri menggunakan rizab negeri yang kini mencecah RM3 bilion hasil dasar penjimatan dan perbelanjaan berhemah sejak 2008, katanya.

Apapun, tiap-tiap episod akan ada penghujungnya atau 'ending story'. Kita tunggulah apa yang berlaku seterusnya. Kalau Pakatan Selangor mengikhtiharkan perbuburan DUN, kita BN sudah bersedia. sila-silakan. Kita kan sambut dengan tangan yang terbuka. Kita lihat siapa yang kan kena kali ini. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...