SUMBER :
PAKAR perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata tidak ada keperluan untuk PKR menyediakan nama kedua selain dari Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti menteri besar Selangor. Ini kerana menurut Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu memiliki sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN). Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) selepas PAS mesyuarat 17 hari bulan sebulat suara mahukan Dr Wan Azizah sebagai MB, tiada nama kedua. Kenapa nama kedua? Saya tidak nampak kenapa mesti dua nama? soalnya di hadapan kira-kira 50 hadirin dalam forum Krisis Selangor di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur malam tadi. Malah, menurut Aziz pihak istana juga tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana hal sedemikian hanya memperlihatkan campur tangan istana dalam hal ehwal politik negeri yang sebelum ini menjadi urusan kerajaan negeri dan rakyat.
"Ini bukan kerja Sultan.Jika kita beri dua nama, kuasa itu (terletak) pada Sultan. Di Selangor, saya tidak nampak mengapa Mohamed Azmin Ali diletakkan sebagai pilihan kedua? PAS sendiri sudah berkata tidak tuntut jawatan MB, tetapi mengapa letak nama Azmin? “Pada pandangan saya, Sultan ada sebab untuk masuk campur. PAS menjemput Sultan untuk masuk dalam perkara ini,” katanya. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka kembali ke Malaysia dari luar negara hari ini selepas diyakinkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa Menteri Besar Selangor itu masih mendapat sokongan majoriti Adun Selangor. Khalid juga sempat mendapat perkenan Sultan Selangor bagi memecat Exco PKR dan DAP selepas kenyataan Exco itu yang dilihat enggan memberikan kerjasama kepada kerajaan pimpinannya.
Bagaimanapun, Dr Wan Azizah berjaya membuktikan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti apabila 30 Adun PR Selangor termasuk dua dari PAS menyatakan akuan bersumpah hilang kepercayaan kepada Khalid dan menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar. Ujar Aziz lagi, pihak istana seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa menteri besar dan bukan merumitkan lagi keadaan sedia ada. “Khalid Samad betul apabila kata Sultan tidak mempunyai kuasa mutlak dalam hal ini. "Apa yang Sultan perlu lakukan adalah menyerahkan surat pelantikan. Semudah itu. Dengan itu, kerajaan boleh menjalankan tugas mereka," katanya.
Malah, Aziz berkata jika Sultan Selangor berpandangan kerajaan negeri sudah tidak dapat diselamatkan, maka baginda boleh memanggil satu sidang tergempar DUN bagi melihat sokongan ADUN. Tambahnya, pertemuan awal Khalid untuk meyakinkan Sultan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ADUN tidak didukung dengan bukti kukuh. “Jika baginda berasa kerajaan tidak dapat diselamatkan, biarkan kerajaan buktikan dalam Dewan. Beliau (Khalid) memberikan Sultan yang bukan kepunyaan baginda. “Saya tidak faham mengapa Sultan mengambil masa lama kerana pada saya ia hal mudah. Tugas Sultan adalah memastikan kerajaan berfungsi sepanjang masa," katanya.
P/S ~ PKR memang banyak melahirkan 'Pakar' dalam partinya. Ada pakar strategi, pakar perlembagaan dan banyak pakar lagi lah. Tapi, nama je pakar, namun untuk memilih pemimpin untuk jawatan MB , mereka tersedak. Tak ada calon. Maka, nak tak nak terpaksalah nama nenek kipas dicalonkan lagi dan lagi. Malu...memang memalukan. Jadi, apa yang disuarakan oleh pakar perlembagaan Azri Bari bahawa PKR tak perlu menyediakan 2 nama untuk jawatan MB adalah untuk menutut kemaluan mereka di dalam PKR. memang sah, PKR tidak mempunyai pemimpin-pemimpin yang berkibar untuk jawatan tersebut. Kebanyakan pemimpinya tak ada telo dan bertuhankan kepada Anwar Ibrahim dan berkiblatkan kepada Wan Azizah@nenek kipas. Malu...memang memalukan. Wasallam ~ IBM