Tuesday, August 19, 2014

PAS KATA ISTANA TAK TERIMA AZIZAH@NENEK KIPAS. TIADA PILIHAN LAIN, AZMINLAH CALONYA....

SELASA, 19 OGOS 2014

KEMELUT JAWATAN MB SELANGOR..
PAS mencalonkan nama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali kerana Sultan Selangor tidak perkenankan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Exco PAS Sallehen Mukhyi berkata, Kami dah memperjelaskan sebelum itu, memang kita tak setuju Wan Azizah bukan kerana dia perempuan, tapi kerana kita dimaklumkan (oleh) Istana bahawa Istana tidak memperkenan Wan Azizah. Tapi boleh jadi ini satu percubaan dibuat secara rasmi untuk hantar nama Wan Azizah, jadi selepas daripada itu beliau tak boleh komen, katanya. ADUN Sabak menambah perkara itu antara punca PAS tidak menyokong Wan Azizah sebelum ini. 

Namun PAS semalam akur pada ketetapan Pakatan Rakyat yang hanya akan mengemukakan Azizah sebagai calon Menteri Besar yang baharu, biarpun parti itu mensyaratkan nama Azmin perlu turut diletakkan dalam senarai. Keputusan itu dibuat setelah PAS hampir dua minggu berdolak dalik berhubungan pendiriannya sama ada mahu menyokong Azizah ataupun tidak. Bagaimanapun Majlis Pimpinan Pusat PKR akhirnya memutuskan untuk hanya mencalonkan Wan Azizah. Kalau dah dasar kaki 'U' turn tu, begitulah jadinya atau seperti pak turut. 

Sementara itu Azmin dalam reaksinya berkata, beliau lebih mementingkan parti berbanding keperluan untuk dicalonkan bagi jawatan berkenaan. Yolah tu. Jauh dalam lubuk hatinya berkata, akulah calon yang paling layak jadi MB Selangor yang baru, bukan nenek kipas tu. Berebutlah korang, biar mampus dan jahanam PKR dan Pakatan haram. Menyemak dan menyusahkan orang je. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...