Wednesday, August 6, 2014

RAYUAN AKHIR KHIR TOYO PADA 28 OGOS..ITULAH 'TALIAN HAYAT'NYA YANG TERAKHIR...

RABU, 06 OGOS 2014
Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 Ogos ini bagi mendengar rayuan akhir bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan hukuman penjara setahun atas kesalahan mendapatkan untuk beliau dan isteri, dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai jutaan ringgit. Perkara itu dimaklumkan kepada pemberita hari ini oleh Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Mohd. Aizuddin Zolkeply.

P/S - Alahai, nak rayu apa ke bendanya. Kan besar benar kesalahannya tu. Masuk je dalam penjara tu. Kan lama, setahun. Tolak sana, tolak sini, akhirnya hanya 4-6 bulan je dalam penjara. Tentang denda tu, bayar je le. Kan Khir banyak duit. Selamat menjalani kehidupan seperti orang biasa Khir Toyo. Dulu ada kuasa salah gunakan. Terima je lah. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...