Friday, August 29, 2014

MESEJ SULTAN SELANGOR PADA NENEK KIPAS : TAK MAHU MENTERI BESAR YANG DIKAWAL ORANG LAIN. ADE FAHAM KA??

JUMAAT, 29 OGOS 2014

SUMBER :
Menteri Besar Selangor perlu berjiwa rakyat dan boleh berkhidmat kepada rakyat, tetapi bukan seorang yang dikawal oleh orang lain. Sultan Selangor tidak mahu adanya menteri besar umpama boneka yang dikawal, kata satu sumber yang rapat dengan istana dan maklum sentimen baginda. “Menteri besar bukan hanya dipilih oleh majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi perlu meletakkan rakyat sebagai kepentingan dan boleh menerajui negeri. “Sultan Selangor mahu seseorang yang prihatin terhadap keperluan rakyat dan membangunkan negeri di peringkat tertinggi,” kata sumber itu. Beliau menegaskan seperti yang termaktub di bawah Artikel LI (1), LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) dalam Perlembagaan Negeri Selangor 1959, Sultan Selangor diberi kuasa budi bicara mutlak untuk melantik seorang Menteri Besar bagi kerajaan negeri Selangor di mana bagi pendapat pemerintah, ia mempunyai sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri.
Beliau turut menasihatkan Pakatan Rakyat untuk tidak memanjangkan masalah dalaman parti ke dalam pentadbiran negeri dan menganggu pemerintahan negeri. “Ini merupakan masalah dalaman parti,” katanya. Ditanya sekiranya perlu seorang Menteri Besar itu adalah anak kelahiran Selangor, beliau berkata, Perlembagaan negeri tidak menetapkan perkara tersebut. “Sebagai contoh, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Jamil Rais dilahirkan di Perak tetapi sebahagian besar hidupnya menetap di Selangor,” katanya. Sumber itu berkata, Sultan Selangor turut menyuarakan perasaannya mengenai kenyataan anti-Istana yang dibuat oleh ahli-ahli politik tertentu yang telah merosakkan dan menyakitkan hati dan membatasi dengan hasutan.
Walau bagaimana pun, Tan Sri Khalid Ibrahim masih lagi menjadi Menteri Besar, manakala baginda Sultan akan mengambil masa untuk membuat keputusan terbaik buat rakyat. “Tidak perlu panik kerana kerajaan sekarang bukan hanya kerajaan sementara semata-mata, ia adalah kerajaan penuh. Perkara yang berlaku adalah melibatkan pertukaran Menteri Besar dari Pakatan Rakyat. Maka, Pakatan Selangor harus tunggu jangan memaksa dan menekan pihak Istana untuk membuat keputusan. IBM rasa, Duli tuanku Selangor tahu apa nak buat dan baginda dah masak dengan cara pakatan berpolitik di Selangor ini. Kita tunggu akan kesudahan episod MB Selangor ini dengan penuh kesabaran. Bagi Pakatan haram, biak pi depa hancuk kata orang utara. Wasallam ~ IBM

2 comments:

  1. AYAT POWER TU...PAKATAN HARAMJADAH INGAT SULTAN BANGANG MCM DEPA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~tarantula,

      Salam. biak depa faham sikit dgn ayat power tu...huhuhu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...