ISU MB SELANGOR..
ADA berita yang mengatakan nasib Khalid Ibrahim samada kekal sebagai Menteri Besar akan diketahui hari ini. Kita tunggu dan lihat. Sementara itu, sumber memberitahu Khalid Ibrahim menghadirkan diri ke Mesyuarat Majlis penasihat Raja-Raja di Istana Shah Alam pagi ini. Beliau sampai di Istana kira-kira pukul 8.45 pagi Isnin untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Difahamkan Menteri Besar itu akan memaklumkan kepada Sultan Selangor mengenai kedudukannya kini selepas dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu lalu. Abdul Khalid dijangka turut menjelaskan mengenai situasi terkini politik Selangor pada mesyuarat khas Majlis Penasihat Raja-Raja yang dijadual berlangsung kira-kira pukul 10 pagi di sini.
NASIB KHALID SEBAGAI MB DITENTUKAN HARI INI.
![](http://4.bp.blogspot.com/-W_O_ggq4qBc/U-gdaijEBQI/AAAAAAAAjpE/qephhudLiFc/s1600/YM_20140414_05_Khalid_Ibrahim_840_495_100.jpg)
Atau... Duli Tuanku mempekenankan supaya DUN Selangor dibubarkan dan diadakan semula pilihan raya negeri (PRN). Maka, buat sementara ini terselamatlah Khalid Ibrahim dan pihak yang lagi satu terpaksa berputih mata. Apapun itu andaian dari IBM sendiri. Semuanya belum lagi selesai. Kita sama-sama tunggu dengan penuh debaran. Wasallam ~ IBM