Thursday, August 7, 2014

BENGGANG..BENGGANG HABIS PKR. MAJLIS SYURA ULAMA PAS SEBULAT SUARA TOLAK WAN AZIZAH JADI MB, KEKALKAN KHALID.

KHAMIS, 07 OGOS 2014

KEMELUT PR SELANGOR BERTERUSAN..
KRISIS politik Selangor dilihat semakin parah apabila Majlis Syura Ulama PAS menyatakan pendirian menolak cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Pendirian itu dinyatakan empat hari sebelum Jawatankuasa PAS Pusat mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai rancangan sekutu mereka itu untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menerusi kenyataan yang ditandatangani Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din, badan itu membuat keputusan untuk mengekalkan Abdul Khalid selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah

."Keputusan ini dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti. "Maka selagi (Abdul Khalid) tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor," demikian menurut kenyataan itu pada Khamis. Keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS di Kota Bharu pada Selasa. Bagaimanapun, badan itu menegaskan bahawa mereka sedia menilai kembali kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya wujud pertuduhan dan disabitkan bersalah oleh pihak berkuasa.

P/S - Tak sabar nak dengar komen Nuar Brahim dan kuncu-kuncunya. Adakah mereka akan menuduh UMNO sebagai dalang sehingga PAS sudah berani dan mula tunjuk belang bahawa selama ini mereka di perkuda-kudakan oleh DAPig dan PKR. Tapi, harap-harap janganlah pulak PAS buat perangai lamanya apabila buat pusingan 'U' seperti yang sudah-sudah kerana PAS ni ada sejenis penyakit yang sampai sekarang masih belum ditemui ramuan untuk menyembuhkan penyakit PAS ni. Nak tahu apa penyakit PAS tu? Heheheh..cari le sendiri jawapanya. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...