Sunday, August 17, 2014

DAH AGAK DAH. KHALID KENA 'MAIN' DENGAN PAS. NAMUN AKUR DENGAN 'U' TURN YANG PAS BUAT. AKAN MENGADAP TUANKU SULTAN..

AHAD, 17 OGOS 2014

PAS BUAT LAGI PUSING 'U'...
ADAKAH KHALID AKAN KEKAL SEBAGAI MB SELANGOR?
PUAS lah hati si Nuar tu kot. Segala perancangan jahatnya menjadi. PAS akur kepada kehendak PKR kerana didesak depan dan belakang oleh rakan kongsinya, iaitu DAP & PKR. Maka, PAS terpaksa sekali lagi membuat pusingan 'U'. Tinggallah Khalid berseorangan. IBM memang dah jangka lama dah. PAS akan permainkan Khalid demi servival politik 'songsang' mereka. Memang PAS tidak  boleh dipakai dan dipercayai .Perkara sudah pun berlaku. Bagi Khalid walaupun pahit untuk ditelan, namun  akur dengan keputusan PAS yang akhirnya menyatakan pendirian menolak beliau daripada terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Sehubung itu, Khalid akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu itu. Beliau menerima dengan hati terbuka keputusan PAS berkenaan status Menteri Besar dan barisan exco Selangor. Dengan perkembangan terbaharu ini, beliau akan memohon menghadap Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya, katanya Khalid menerusi kenyataan pada ini, Ahad. Khalid berkata demikian sebagai reaksi kepada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat yang memutuskan bahawa parti itu mahu kedudukan beliau digantikan.

Mesyuarat pada hari ini, Ahad menyatakan sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wan Azizah Wan Ismail@nenek kipas, selain mencadangan calon kedua untuk jawatan sama iaitu Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. Perkembangan itu juga menyaksikan Khalid hilang sokongan majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor apabila kesemua 43 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat menolak beliau sebagai Menteri Besar. Kesian Khalid dipermainkan oleh PAS.
Keputusan itu sekaligus menolak pendirian dan sokongan yang dinyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mahu Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun Khalid hanya akan menghadap Sultan Selangor selepas 27 Ogos ini setelah baginda pulang ke tanah air. Sehingga Tuanku Sultan (Selangor) membuat keputusan muktamad, beliau akan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri Selangor bersama empat ahli exco daripada PAS. Kami akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini, katanya. Kita sama-sama tunggu sehingga Duli Sultan Selangor membuat keputusan. Bertambah kritikal politik di Selangor ini. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...