KEMELUT MB SELANGOR..
Kemelut politik di Selangor semakin menghampiri noktah selepas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali menolak cadangan PAS yang menamakan beliau sebagai calon kedua untuk jawatan Menteri Besar. Azmin menegaskan beliau akur dengan keputusan parti untuk hanya mengemukakan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail – kepada Istana. Ini bermaksud, seperti yang dipersetujui sebelum ini, kepimpinan Pakatan Rakyat hanya akan mengemukakan nama Wan Azizah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk dipertimbangkan. Bagaimanapun, ini tidak memberi jaminan bahawa isteri ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Beberapa kemungkinan timbul daripada perkembangan terbaharu kemelut ini dan pengakhirannya hanya akan bergantung kepada tindakan susulan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas ini.
![](http://4.bp.blogspot.com/-Ri7py6CNpOY/U_HbCuaEYGI/AAAAAAAAjzE/G8wxlme5QR8/s1600/azmin.bmp.png)
Namun, dengan mengambil kira tindakan pemecatan Khalid daripada PKR pada 9 Ogos lalu, Menteri Besar itu tidak akan melepaskan jawatannya dengan mudah dan mungkin mempunyai beberapa percaturan di luar jangkaan. Beliau mungkin akan menangguhkan pengundurannya sehingga November apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka bersidang semula dan memilih untuk berundur menerusi usul undi tidak percaya. Kini, PAS turut menyokong Khalid digantikan, ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat itu akan memperoleh majoriti mudah untuk menyingkirkannya kerana mereka memenangi 43 daripada 56 kerusi DUN. Apabila itu berlaku, PKR bebas melantik Wan Azizah untuk mengisi jawatan itu walaupun masih belum jelas sama ada Sultan akan menerima hanya satu saja nama.
ADAKAH KRIER POLITIK KHALID AKAN BERAKHIR 27 OGOS INI?
![](http://2.bp.blogspot.com/-RDZ1_XdN24c/U_Hbq4RLO-I/AAAAAAAAjzM/Q_QLFgYgUN8/s1600/10153204_10150482057209945_1985632624_n.jpg)
P/S ~ Apapun keputusannya, terpulang pada Khalid bagaimana beliau boleh menyakinkan Baginda Sultan Selangor bahawa beliau telah diperangkap oleh Pakatan haram yang gila dan tamakkan kuasa di Selangor ini. Asyik, asyik nama nenek kipas tu di laung-laungkan untuk jadi MB Selangor, pakatan dah tak ada calon lain yang berkelibar ke? Nampaknya episod perebutan jawatan MB ini belum lagi berakhir..kita tunggu pada 27 Ogos nanti. Wasallam ~ IBM