KRISIS PAKATAN HARAM SELANGOR BERTERUSAN..
SENYUM KHALID SENYUM BERMAKNA..DIPECAT..MASIH ADA JAWATAN
TABIK habis kata si Khalid ni. Walaupun dia gagap sikit, tapi beliau tidak panik menghadapi situasi dan kemelut politik di Selangor. Walaupun mendapat tekanaan, diserang bertubi-tubi di setiap penjuru oleh rakan sepejuangan gara-gara berebut jawatan Menteri Besar, manusia yang bernama Khalid Ibrahim ini tenang menghadapinya. Setelah kemelut merebut jawatan Menteri Besar reda apabila Sultan Selangor perkenan kan Khalid untuk terus menerajui negeri Selangor, Khalid lantas terus menjalankan tugas hariannya sebagai Menteri Besar Selangor. Pagi tadi Selasa, Khalid Ibrahim dilihat tiba di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi menjalankan tugasnya.
Ia sehari selepas beliau mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk terus memegang jawatan Menteri Besar sehingga ada sebarang perkembangan terbaharu, susulan pemecatannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Abdul Khalid kelihatan segak mengenakan sut hitam kelihatan tenang dan tersenyum ketika tiba di perkarangan bangunan itu pada kira-kira 9.30 pagi sebelum memasuki pejabatnya. Mahal senyumannya itu. Tapi, tidak bagi Anwar, Wan Azizah dan kuncu-kuncunya. Pasti mereka begitu geram kerana peraancangan mereka gagal. Sumber mengatakan, beliau dijangka mengadakan perjumpaan dengan barisan Exco kerajaan negeri Selangor hari ini berhubung pendirian mereka sama ada hendak terus menyertai pentabiran kerajaan negeri atau sebaliknya.
Anggota Exco negeri itu dibarisi empat wakil PAS dan masing-masing tiga daripada DAP dan PKR. Lembaga Disiplin PKR memecat Abdul Khalid daripada PKR berkuat kuasa serta-merta Sabtu lepas kerana ingkar arahan parti untuk melepaskan jawatan Menteri Besar bagi memberi laluan kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Tapi, mereka gagal. Perancangan dan strategi mereka gagal. 'Langkah Kajang' mereka juga gagal. Apakata kalau si Khalid menggunakan kuasa vetonya pula untuk mengingkir Anwar dari jawatan 'penasihat kerajaan negeri Selangor'? Agak-agak Anwar melenting tak? Hehehehe...Wasallam ~ IBM