Pengguna Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) ditawarkan menggunakan laluan di empat laluan plaza tol tersebut secara percuma sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini. Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Konsensi Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak), Sazally Saidi berkata, sebanyak kira-kira 500,000 pengguna mendapat manfaat daripada pemberian tol secara percuma itu dalam tempoh 24 jam pada hari tersebut.
Malah jelasnya, pihaknya turut memberi potongan diskaun sebanyak 20 sen bagi pengguna Lebuhraya Sprint pada hari yang sama bagi semua jenis kenderaan. Sesiapa yang tak balik kampung sempena hari kemerdekaan, bolehlah ronda-ronda, jalan-jalan cari makan. Disini, IBM mengambil kesempatan mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan' yang ke 57 tahun kepada semua. Negara makmur rakyat mewah kerana kita sudah merdeka. Wasallam ~ IBM