Sunday, August 24, 2014

SIKAP TAK PEDULI PUNCA KHALID DI SINGKIR? SUDAHLAH..ITU SEMUA SENDIWARA ANWAR!!

AHAD, 24 OGOS 2014

SUMBER : 

Sikap tidak peduli Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap kebajikan partinya sendiri dan rakyat Selangor merupakan punca mengapa Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menggulingkan beliau sebagai menteri besar. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun beliau menyokong dasar penjimatan dan ketelusan yang diamalkan Khalid, menteri besar itu seharusnya lebih terbuka dalam soal kebajikan rakyat. "Tetapi dermalah sikit. Bukan soal kontrak, bukan soal jawatan yang dituntut. "Saya tak setuju kalau parti nak minta kontrak...saya tak setuju dan saya beritahu secara terbuka pada kongres yang lalu bahawa saya sokong Tan Sri Khalid yang ikut peraturan dan tidak mudah meluluskan (peruntukan) hanya kerana kepentingan parti," katanya ketika menyampaikan Ucapan Amanat Ketua Umum pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Ahad. 


Menjelaskan lanjut Anwar berkata, sikap tidak peduli Khalid terhadap rungutan yang dibangkitkan rakyat menjadi isu utama mengapa beliau perlu digugurkan. "Macam pembinaan projek Kidex (Lebuhraya Kinrara Damansara)...puluhan ribu bantah. Panggillah dan dengar (rungutan rakyat). Itu sahaja permintaan rakyat. "Dalam menjawab soal Selangor, saya tekankan isu kepedulian. Kalau dah ada peruntukan dari Marris (Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya) daripada kerajaan Persekutuan, gunakanlah," katanya. Khalid berhadapan tekanan daripada pelbagai pihak, termasuk Anwar yang mendesak supaya beliau turun dari kedudukannnya kerana kerap membelakangkan parti dalam membuat sebarang keputusan berhubung pentadbiran negeri Selangor. 

Kemarahan PKR terhadap Khalid dilihat semakin memuncak apabila beliau akhirnya dipecat daripada PKR pada 9 Ogos lalu selepas ingkar perintah parti untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dan memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai penggantinya. 

P/S ~ Jika 1,000 ayat yang keluar dari mulut Anwar kepada perkara yang di atas tu, satu pun sukar tak boleh pakai dan tidak boleh dipercayai. Semuanya bohong dan beliau bersediwara. Siapa tak kenal Anwar. Kalau satu hari tidak berbohong, bukan Anwar namanya. Apapun nasib Khalid akan kita ketahui esok setelah beliau mengadap Sultan Selangor. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku. Wasallam ~ IBM

1 comment:

  1. cerita dongeng dendangan abang non dalam kongres. sikap tak pedulilah ye. tak peduli permintaan anwar rompak duit rakyat selangor untuk dijadikan modal tawan putrajaya. heheh, dengan orang dungu dan bebal boleh la temberang abang non. nak tanya abang non, kenapa pkr marah sangat bila tan sri khalid sign aggrement pasal air dengan kerajaan pusat? sebab dengan perjanjian air ini, masalah air di selangor dan lembah klang akan selesai. bila selesai, kuranglah modal abang non nak hasut rakyat. tapi khalid ada fikiran lain, buat apa nak dera rakyat hanya semata-mata nak sampaikan hajat abang non jadi pm. khalid walaupun pkr, tetap juga dapat jadi mb, memerintah sebuah negeri. tunjuk contoh terbaik dan rakyat akan tetap sokong. bukan cita2 jahat yang memperalatkan rakyat bagi meraih kuasa. heheh, sori abang non, terlebih sudah!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...