SUMBER :
PKR dan DAP tetap bertegas dengan keputusan mereka untuk hanya menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu. Keputusan itu bagaimanapun bercanggah dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang meminta setiap parti dalam Pakatan Rakyat menamakan tidak lebih daripada dua nama bagi jawatan tersebut. Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan tidak disertai oleh sekutu mereka, PAS. Kedua-dua parti itu berkata, mereka akan mempersembahkan pencalonan Wan Azizah untuk dipertimbangkan sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat pada tahun lalu memandangkan beliau mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
![](http://1.bp.blogspot.com/-dUeVMmsnF-c/U_03BNplP2I/AAAAAAAAj_c/yQ7Ia-kPtks/s1600/wan-azizah.jpg)
"Sebagaimana yang diperuntukan di bawah Perkara LI (1), Perkara LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Duli Yang Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan seorang menteri besar yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri," katanya. Selain itu, Mohamad Bani mengesahkan bahawa Sultan Sharafuddin menerima menghadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menyembah maklum memohon perkenan untuk meletak jawatan. Bagaimanapun, Sultan Selangor menangguhkan penerimaan perletakkan jawatan itu sehingga pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu ditentukan.
P/S ~ Nampaknya pakatan haram meroyan lagi. Harapan mengunung mereka untuk melihat Wan Azizah@Nenek Kipas menjadi MB baru, tidak kesampian. Sultan menitah pakatan haram untuk mencalon lebih dari dua nama untuk jawatan Menteri Besar Selangor. Orang yang paling kecewa dan meraung bagai nak gila ialah suami kepada calon (Wan Azizah) yang di tolak oleh Baginda Sultan, iaitu Anwar Ibrahim. Menanggis tak berlagu nampaknya. Tapi, Anwar bukan calang-calang orang. Dah tentu dia ada pelan C, setelah pelan A & B tidak menjadi. Apa pelan C nya itu?....kita tugguuuuuuu!. Wasallam ~ IBM