Saturday, August 9, 2014

MINIMUM 29 UNDI MAJORITI UNTUK GUGURKAN KHALID GAGAP!

SABTU, 09 OGOS 2014

PEREBUTAN JAWATAN MB DALAM PAKATAN MASIH BERTERUSAN..
PERBALAHAN PAKATAN RAKYAT YANG MERUGIKAN SELANGOR
29 undi. Itulah jumlah undi yang Pakatan Haram Selangor perlukan bagi menyingkir Khalid Ibrahim@Khalid gagap untuk terus duduk di kerusi empoknya sebagi Menteri Besar. Sekiranya kurang dar 29 undi, maka untuk menggugurkan Khalid untuk di gantikan dengan Presiden PKR, Wan Azizah di anggap gagal. Walaupun itu hanyalah analisis dari seorang penganalisis politik, tapi, boleh terima pakai. Berdasarkan 56 kerusi ADUN, iaitu 15 daripada PAS, DAP (15), PKR (13) dan UMNO (12) mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri, calon baru yang hendak dilantik perlu mendapat sekurang-kurang 29 undi ADUN sebelum mendapat perkenan Sultan untuk memegang jawatan Menteri Besar. 

Semalam, Majlis Syura Ulama PAS  sebulat suara menyatakan pen dirian mereka mahu mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Situasi ini menyukarkan lagi jalan untuk PKR mencapai hasrat mereka. Jika keputusan Majlis Presiden PR yang akan diadakan dalam tempoh terdekat ini tidak selari dengan keputusan PAS, maka PR tetap tidak boleh melantik Menteri Besar yang baru kerana tanpa PAS bermakna tidak cukup undi majoriti. Bermakna, kedudukan Khalid sebagi Menteri Besar selamat. Nampaknya, melopong lagilah si Nuar yang tamakan jawatan. Jika ini berlaku, agak-agak apa tindakan Anwar selepas ini dan langkah apa pula yang Anwar nak bawa? 

Kita sama-sama tunggu dan lihat kerana dilihat kemelut perebutan jawatan MB Selangor ini semakin hangat dan panas. Belum ada tanda-tanda pihak mana yang akan mengalah. Berapa lama lagikah ianya akan berterusan? Jawapanya ada pada monyet-monyet dan beruk dalam Pakatan haram itu. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...