Monday, August 25, 2014

FITNAH NAJIB : NIZAR 'MULUT CELUPAR' MENGAKU TIDAK BERSALAH

ISNIN, 25 OGOS 2014

SUMBER : 
Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada Isnin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dua tahun lepas. Ketua Pembangkang Perak dan Anggota Dewan Undangan Negeri Changkat Jering itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah. Mohammad Nizar, 57, yang beralamat di Sungai Rokam di sini dituduh memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini antara pukul 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012. Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Perak didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan tersebut akan merosakkan nama baik Najib.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud memohon supaya mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. Bagaimanapun peguam Asmuni Awi yang mewakili Mohammad Nizar memohon supaya anak guamnya tidak dikenakan sebarang jaminan kerana sebagai ketua pembangkang negeri Perak beliau akan memberi kerjasama kepada pihak pendakwaan. "Jika permohonan ini ditolak saya memohon supaya jaminan dikurangkan sebanyak 10 peratus daripada jumlah yang ditetapkan oleh mahkamah," katanya. Masri kemudian bangun dan menyatakan jaminan dipohon pihak pendakwaan adalah satu jumlah yang wajar.
Hakim Madihah kemudian menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 26 Sept. Mohammad Nizar diwakili 11 peguam iaitu Asmuni, Aminuddin Zulkipli, Mohd Fitri Asmuni, M. Kulasegaran, Nga Hock Cheh, N. Selvam, A. Sivanesan, Mohammad Hanifa Maidin, Leong Cheok Keng, Mohammad Zamri Ibrahim dan Chan Sook Ching. Pihak pendakwaan diwakili Masri yang juga Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak dan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab. 
P/S ~ Si Nizar celaka ni sepatutnya dah lama di penjarakan. Sejak dia hilang jawatan Menteri Besar Perak, perangai buruknya menjadi-jadi, mulut sialnya sukar ditutup, gara-gara hilang jawatan. Memang perangai pemimpin-pemimpin Pakatan haram jadah macam tu kot. Fitnah ni memang dah jadi sebagai 'santapan' mereka. Kalau satu hari tak fitnah orang bukan pembangkang namanya. Sekarang, si Nizar ni terimalah akibatnya kerana 'pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...