PAKATAN HARAM SELANGOR SEMAKIN GILA....
ALAHAI. Bukannya ramai mana pun balaci-balaci yang benggong dan tolol ni berdemo kat SUK tu. Hanya sekadar seceput sahaja. Itu pun dah terpaksa kerana telah dibayar. Nasihat IBM pada korang. Kalau korang tak faham masalah atau kemelut dalam yang melanda Pakatan haram jadah di Selangor ni, elok le korang balik dn duduk di rumah diam-diam. Oleh kerana masih tak puas hati, demi untuk mengabuli mata rakyat, Anwar & the gengs mengupah sekumpulan kecil yang terdiri daripada ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mengadakan demonstrasi di bangunan SUK hari ini Jumaat menggesa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berundur.
![](http://1.bp.blogspot.com/-tkh0ERcXMMs/U-3jD6r-VbI/AAAAAAAAjvc/MWIkz1I7FS4/s1600/wan-azizah.jpg)
Beliau (Khalid) memecat ahli exco tanpa meminta persetujuan PKR dan DAP. Ini adalah bertentangan dengan demokrasi kerana rakyat Selangor mengundi untuk parti dan bukan dirinya seorang," katanya semasa mengadakan protes. Kumpulan itu telah dihalang daripada memasuki bangunan oleh pengawal. Ahli-ahli kumpulan itu kemudian mengikat reben hitam di pintu utama untuk menunjukkan bahawa demokrasi yang dinyatakan telah mati. Sebenarnya yang dah mati ialah pemimpin-pemimpin Pakatan haram. Hati dan jiwa mereka dah mati. Lama dah. Kalau tidak isu perebutan jawatan Menteri Besar ini tidak timbul.
Oleh kerana hati mereka dah mati, maka mereka menimbulkan hura-hara di Selangor ini demi mengejar pangkat dan harta kekayaan untuk perut mereka sendiri. Maka, kalau benar-benar berlaku, hancurnya Pakatan haram di Selangor ini, merupakan satu 'bonus' untuk rakyat Selangor. Rata-rata mereka mendoakan agar Selangor di terajui kembali oleh Barisan Nasional (BN). Insyallah. Wasallam ~ IBM