Tuesday, August 12, 2014

TERKINI!..MALUNYA WAN AZIZAH. SULTAN TAK PERKENAN WAN AZIZAH & PKR MENGADAP BAGINDA..HUHUHU...

SELASA, 12 OGOS 2014
MUNGKIN itulah merafak sembah Wan Azizah yang pertama dan terakhir kerana Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permohonan Wan Azizah dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menghadap baginda bagi menjelaskan mengenai situasi terkini politik di negeri itu. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail. Baginda menitahkan supaya Datuk Munir memaklumkan kepada  Anwar Ibrahim bahawa baginda tidak berkenan untuk menerima menghadap untuk tujuan memberi penjelasan atas alasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah pun menghadap baginda berkaitan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor, katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurut Mohamad Munir, Duli Sultan Selangor berpendapat bahawa pemecatan Khalid sebagai ahli PKR merupakan isu dalam parti itu dan tidak menjejaskan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Baginda tidak mahu campur tangan dalam isu dalaman PKR, katanya. Selain itu, Mohamad Munir mengesahkan bahawa pihak istana Selangor menerima surat yang ditandatangani Anwar pada Ahad lalu bertujuan memohon bagi pihak isterinya Wan Azizah untuk memberi penerangan dan penjelasan berhubung keputusan PKR memecat Abdul Khalid. Jelasnya lagi, surat berkenaan dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin semalam, Isnin.

Bagi IBM, ini adalah episod yang amat-amat sedih dan memalukan yang dialami oleh Parti Kelentung Rakyat (PKR) kerana selama ini belum lagi ada mana-mana parti yang ingin mengadap Duli Tuanku di tolak. Kini, sejarah tercipta kepada parti keramat atau parti anak-beranak, PKR dimalukan. Ini jelas, Tuanku memang tidak merestui keujudan PKR di Selangor. Tuanku tahu, sejak ujudnya PKR di Selangor, parti itu telah banyak menyusahkan rakyat dan juga memeningkan kepada Bagainda. Maka, jangan salahkan Baginda jika permohonan  PKR untuk mengadap Baginda di tolak.

IBM yakin, Khalid Ibrahim sedang tersenyum lebar sekarang ini. Musuh-musuhnya terbantut idea dan sedang panik bagaimana cara untuk menyingkir beliau dari jawatan Menteri Besar. Disebalik Khalid di pecat, beliau kini boleh memecat sesiapa sahaja dikalangan Exco yang tidak inign bersama berliau, atau letak jawatan. Begitu juga dengan kedudukan Anwar sebagai 'penasihat' PKR Selangor. Khalid boleh pecat Anwar bila-bila masa sahaja. Jadi, kesimpulannya, kemelut PKR/Pakatan negeri Selangor berlanjutan, tiada nokta dan tiada jalan untuk bersatu kembali. Ianya dilihat semakin parah. Kita tunggulah apa pulak agenda Anwar dan kuncu-kuncunya selepas ini. Berkuburkah PKR? Tunggu dan lihat. Wasallam ~ IBM

2 comments:

  1. MEMANG DIA MUKA TAK MALU...KALAU DIA TAU MALU AWAL2 LAGI DIA TOLAK JADI MB SELANGOR SEBAB TAU DIA BUKANNYA LAYAK

    SPESIES LAKI BINI BUKAN RETI MALU

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~tarantula,

      Salam,
      Bukan sahaja tak layak, dia bukan anak jati Selangor. Mestilah Duli Tuanku tolak....memang tak malu laki-bini ni.....spesies apa pun tak tahu?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...