KHAMIS, 14 OGOS 2014
KEMELUT politik di Selangor yang diperintah oleh Pakatan Haram begitu tenat sekarang. Walaupun Khalid Ibrahim dapat pekenan oleh Duli Sultan Selangor untuk terus menerajui Selangor. Khalid berkuasa penuh walaupun tanpa mewakali mana-mana parti, Khalid akan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar sampai ke PRU ke-14 nanti. Tapi,lain pulak cerita dari bekas Exco Kerajaan negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim mendakwa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) November ini bagi membolehkan pilihan raya negeri mengejut diadakan. Teng, seorang daripada enam exco yang dipecat oleh Khalid, berkata pemimpin itu membincangkan hasrat membubarkan DUN bersama empat exco PAS yang tinggal dalam pentadbiran kerajaan negeri. Teng menerima maklumat Khalid berniat akan kekal sehingga November selepas itu membubarkan DUN.
![](http://3.bp.blogspot.com/-F4Vpo87NoPc/U-yT-P6rDwI/AAAAAAAAjus/v5JRwnBAtTs/s1600/teng_chang_k_pc_011.png)
Kalau sudah hilang mandat kenapa mahu duduk di jawatan itu, tegasnya. Sementara itu Tang menempelak tindakan empat exco PAS yang dilihat berpaling tadah daripada PR apabila membuat keputusan untuk menyokong kepimpinan Khalid. Sepatutnya, kita menang bersama tubuh kerajaan PR bersama. Sepatutnya kita hadapi kerumitan bersama, ujarnya. Apapun jika benar Khalid nak buburkan DUN pada November ini, rakyat rata-rata akan merasa lega jika diadakan pilihan raya negeri (PRN). Rakyat dah bosan dengan kemelut yang tidak ada kesudahannya ini. Cukup...cukuplah tu, kata mereka. Siapa yang tak meluat dan bosan dengan suasa yang berlaku sekarang di Selangor. Sudah tiba masanya Selangor dipulihkan kembali dari tangan-tangan mereka yang tak bertanggunjawab dan rakyat harus menolak dan menyingkir mereka kerana mengamalkan politik songsang. Mereka tidak berminat untuk memberi khidmat kepada rakyat, mereka pentingkan periuk nasi mereka sahaja. jadi, korang tahu nak buat apa selepas ini, kan? Wasallam ~ IBM