SUMBER :
![](http://3.bp.blogspot.com/-Qk3g-w3fJfs/U_YXsfFegKI/AAAAAAAAj2g/MS8upFUX8MM/s1600/IMG_51240274247193.jpeg)
Pas Khianat Amanah Allah_Pejuang Ketum
Akhirnya PAS seolah-olah menjadi seperti ‘pussy’ yang rupa-rupanya boleh diurut tengkoknya dan terlentuk-lentuk dalam keputusan mereka. Parti itu menjadi parti yang sangat manja dengan rakan kongsinya di atas nama persatuan dan kesatuan, saling ‘asih mengasih’ diantara satu dengan lain diantara mereka yang menjadi ahli kepada kumpulan alternatif kepada kerajaan pimpinan BN sekarang ini. Ternyata apa yang dirasai oleh ahli-ahli PAS dan orang ramai yang merasakan dekat dengan perjuangan PAS selama ini merasakan PAS begitu lentuk dan tidak boleh diyakini membuat keputusan yang tegas dalam masa yang terdesak. Akhirnya dalam isu Menteri Besar Selangor sekarang ini, Khalid bukannya yang kalah, tetapi yang mendapat kekalahan teruk ialah parti PAS. Justeru itu, kita menyedari sekarang yang PAS secara tidak disedari oleh parti itu sendiri, pimpinan mereka bukan lagi bertuankan kepada pucuk pimpinan PAS, disebaliknya ramai diantara pemimpin PAS rupa-rupanya lebih memberikan ‘allegiance’ Anwar dan betul lah tuduhan setengah pihak yang PAS dipenuhi dengan apa yang dikatakan sebagai ‘Anwaris’ di dalamnya.
PAS PARTI AJARAN SESAT...PAS PARTI AJARAN SESAT
![](http://1.bp.blogspot.com/-rFNxmuS36rY/U_YXv-cFDWI/AAAAAAAAj2o/IICgmF-0-3w/s1600/IMG_45231880465362.jpeg)
Rupa-rupanya terlalu ramai didalam barisan pimpinan parti itu adalah pada hakikatnya ahli-ahli kepada PKR yang terlalu rakus untuk jawatan MB di Selangor sambil sanggup menghina pemimpin yang baru sahaja dipuji ramai itu. Sekarang segala usaha ditumpukan untuk mencari kesalahan seperti orang mencari 'kutu dalam rambut'. Sekarang PAS yang mengakui sebagai parti Islam itu perlu melakukan usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat yang mereka bukan setakat ‘worshippers of God’ tetapi sesungguhnya mereka adalah ‘the servants of God’ dan melaksanakan Islam itu sebagai cara hidup atau yang disebut sebagai ‘addin’ itu. Sesungguhnya menjinjing nama Islam itu adalah satu kerja yang amat berat kerana kesucian agama dan perjuangannya. Islam itu maha suci dan sememangnya jalan ke arah syurga itu penuh dengan duri dan onak, sedangkan menempuh jalan ke neraka itu adalah penuh dengan roti dan keju yang enak-enak. Sesungguhnya PAS perlu ‘restart and redefine’ perjuangan mereka semula. Setakat ini perjuangan mereka telah ‘terhempas sebelum berlepas’.
P/S ~ PAS harus kembali kepada perjuangan asalnya yang mana mereka melaungkan-laungkan bahawa parti mereka (PAS) adalah parti yang memperjuangkan Islam. Tapi, itu tidak lagi kedengaran setelah mereka di perguna dan diperkudakan oleh rakan sekutunya dalam Pakatan haram, PKR dan DAPig. PAS sudah jadi parti pak turut. Takut bersuara dan tak ada telo. Kesian PAS. Wasallam ~ IBM