Monday, August 11, 2014

ANWAR JUMPA HADI DI TERENGGANU CUBA NAK LOBI ISU MB SELANGOR...TAPI, DAH TERLAMBAT BEB!

ISNIN, 11 OGOS 2014


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan mengejut dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini petang Isnin. Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Mustapa Ali ketika ditemui pemberita mengesahkan perkara itu. Ok. Ya saya sahkan ada (pertemuan), katanya ketika ditemui di perkarangan sebuah hotel di Kuala Ibai di sini. Pertemuan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan kemelut isu menteri besar Selangor. Bagaimanapun, Hadi enggan bertemu dengan media dan meninggalkan tempat perjumpaan itu secara tergesa-gesa. Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memecat Abdul Khalid sebagai anggota parti ekoran keengganan beliau melepaskan jawatan Menteri Besar dan memberi laluan kepada presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk menggantikannya. 


Apa le yang Anwar cuba kelentung kat Hj Hadi tu?....nak lobi pasal MB Selangor...dah terlambat...


Abdul Khalid sebelum itu memberitahu pemberita di Shah Alam bahawa Sultan Sharafuddin Shah telah memberi perkenan kepada beliau untuk terus kekal sebagai Menteri Besar.  Menurut artikel 53 2 b undang-undang tubuh negeri sudah diperuntukkan ahli majlis kerajaan negeri selain menteri besar sekurang-kurangnya empat hingga 10 ahli. Parti PAS sudah nyatakan keempat-empat anggota Exco) akan bersama Kerajaan Negeri dan saya. Oleh sebab itu, saya boleh terus mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

P/S ~ Apa juga yang Anwar bincang dan cuba kelentong kat Hj Hadi Awang tu, semua dah terlambat. Sultan Selangor dah pun pekenankan supaya Khalid terus menjadi Menteri Besar  Selangor. Maka, Anwar dan kuncu-kuncu cuba mencari jalan lain ataupun pelan B bagaimana nak menjatuhkan Khalid Ibrahim. Bagi IBM, tiada kesudahannya episod berebut jawatan MB ni selagi DUN Selangor tidak di bubarkan. Anwar akan melalak, meraung sana-sini macam  anjing gila. Hanya satu sahaja yang boleh menutup atau mengunci mulut si Nuar tu. hantarkan dia cepat-cepat ke Penjara Sungai Buloh. Baru aman, insyallah. Wasallam ~ IBM

2 comments:

  1. (( Sidang Tertutup )) -Penyelesaian Akhir Krisis MB Selangor

    Hakikat yg pasti, UMNO takut terkubur di Selangor Jika Wan Azizah menjadi MB Selangor... Mungkin Ya!

    UMNO perlu menerima hakikat ini yg memulakan drama ini berlarutan kerana mengumumkan Anwar bersalah kes liwat beberapa hari sblm sempat bertanding di kajang... Kemaruk kuasa di negeri termaju ini, menjadikan UMNO sanggup buat apa saja... Tapi tak mungkin pd Wan Azizah.. UMNO sudah berada di jalan mati...

    Tapi, jika pemimpin lain yg menjadi MB selangor, mungkin UMNO mempunyai jalan2 lain yg lebih mudah!

    Tawaran yg ditawarkan UMNO hanyalah cerita dongeng...

    Konflik Anwar dan Khalid bersifat sementara..

    Khalid akan pulang ke pangkuan PKR melalui Anwar juga sebenarnya..

    Jadi, jangan susah hati sgt ye :)


    Sumber
    >>> Klik Di Sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tgk siapa yg akan berkubur nanti. Rakyat S'gor rata2 menolak PKR. Mereka dah jemu dgn kerena Parti anak beranak yg kaki pembohong. Bye..bye..PKR..bye..bye...Anwar, Sg Buloh menanti mu, bye..bye...Wan Jijah. Pi balik Penang dan jual nasi kandak....PKR hancusss!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...