Friday, August 8, 2014

APA SEBENARNYA POK NIK MAHU?

JUMAAT, 08 OGOS 2014

KEMELUT MEREBUT JAWATAN MB S'GOR...
KEMANA KIBLAT POK NIK BILA KENA SERGAH DENGAN ANWAR IBRAHIM NANTI?


TOK GURU Nik Aziz buat perangai lamanya. Kata apabila dah bersara, tak campur hal-hal politik dan ingin terus berihat. Tapi, Konflik kepimpinan kerajaan Selangor ini  yang semakin menarik apabila Mursyidul Am PAS ini mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan dia sebenarnya tidak berhasrat campur tangan, tapi masih ada ciri-ciri ingin 'menyibuk'. Khabarnya, pendirian  Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS berkata bahawa Politik Selangor agak tegang dan boleh mengundang kepada keretakan dan berpecah-belah dalam Pakatan. Namun beliau tak ingin menganggu Selangor seperti mana di Kelantan. Kelantan pun dah diberi pada orang lain. Kelantan yang beliau buat macam anak beliau sendiri dan telah diberi pada oran lain, ini pulak nak jaga Selangor.  Buat apa, orang Selangor pandai la nak jaga Selangor, katanya ketika ditanya mengenai isu pertukaran Menteri Besar Selangor itu.
Kenyataan Nik Aziz di atas tu menampakkan seperti Nik Aziz tak mahu campur didalam urusan rumah tangga PKR Selangor. Tapi, yang peliknya tu, rakaman sidang media kenyataan Nik Aziz mula tersebar di media sosial pada Khamis. Kenyataan yang itu dibuat sekali gus menyokong pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lalu. Pendiriannya itu ternyata bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini, di mana Nik Aziz dikatakan menandatangani kenyataan bersama Timbalannya, Datuk Haron Din untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sekali gus menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Difahamkan, pada mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS itu, Nik Aziz hanya hadir selama 30 minit dan keluar sebelum sebarang keputusan berhubung isu berkaitan kemelut politik Selangor itu ditetapkan. Pendirian Nik Aziz ini seiring dengan kenyataan Abdul Khalid sendiri mengenai nasihat yang disampaikan kepadanya dalam pertemuan mereka baru-baru ini. Nik Aziz mengingatkan Abdul Khalid supaya bersabar dan cuba memperbaiki diri, selain tidak memalukan musuh atau menjatuhkan golongan munafik yang cuba menyingkirkannya daripada kedudukannya beliau sekarang.
Persoalanya sekarang, apa motif Nik Aziz dan apa sebenarnya yang dia nak? Kalau cerita tentang sokongan, jelas Nik Aziz membuat pendirian tetap akan menyokong Khalid Ibrahim dan mendesak agar Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor. Bagaimana sekira Anwar Ibrahim berjumpa hati ke-hati, mata bertentang mata. Adakah Nik Aziz akan berubah haluan? Susah untuk di buat analisa. Nik Aziz juga ibarat 'sesumpah' seperti Anwar Ibrahim Hari kata lain, besok kata lain. Apapun kita tunggu dan lihat kerana kemelut politik di Selangor ini semakin bercelaru dan berceramuk. Rakyat pun dah meluat. Wasallam ~ IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...