PERGOLAKAN politik dan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor tidak akan berkesudahan walaupun pilihan raya baharu diadakan dalam masa terdekat, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau menyifatkan krisis politik di negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu sebagai 'sandiwara' dan berpunca daripada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa mencuba untuk menjadi Perdana Menteri negara ini. Boleh ada pilihan raya baharu, tetapi saya tak fikir ia akan selesaikan masalah selagi Anwar tak jadi Perdana Menteri (PM). Kalau bagi dia (Anwar) jadi PM satu bulan, saya ingat dia (Anwar) puas hati, tapi dia (Anwar) tak akan lepas (jawatan PM), katanya apabila diminta mengulas krisis politik di Selangor.
Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri diskusi bertajuk 'Evolusi Identiti Anak Muda Malaysia' anjuran Akademi Belia di Perdana Leadership Foundation, Sabtu. Selangor menghadapi krisis kepimpinan apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR)memecat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah enggan mematuhi arahan parti supaya meletak jawatan dan memberi laluan kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikannya. Mengulas lanjut, Tun Mahathir berkata, Abdul Khalid mempunyai hak untuk memilih sesebuah parti politik. Dalam demokrasi kita bebas masuk parti, bebas keluar parti. Khalid ini dulu orang Umno. Dia masuk Pakatan, Keadilan (PKR). Sekarang ini dia (Abdul Khalid) tidak setuju dengan PKR, itu dia punya hak, kata beliau.

P/S ~ IBM setuju dengan pandangan dan komen dari mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad. Anwar ni ibarat 'Singa lapar', bukan lapar tak makan, tapi lapar politik, lapar jawatan dan lapar menipu. Selagi dia tak dapat apa yang dia idamkan, dia akan meracu, meroyan, buat kecoh sana-sini. Beliau sanggup melihat negara hura-hara selagi apa yang dia impikan, tidak tercapai. Maka, bila Tun Mahathir mengeluarkan pendapat bahawa kemelut politik di Selangor ini berpunca dari Anwar, memang ada lojik dan faktanya. Untuk membuatkan Anwar diam dan tidak membuat kecoh, nun di sana, penjara Sungai Buloh tempat beliau bersantai. Berpolitiklah Anwar dengan banduan-banduan di penjara. Disana Anwar boleh melantik dirinya sendiri menjadi Perdana Menteri penjara mengikut acuannya sendiri. Hehehehe. Wasallam ~ IBM
Sifat DAJAL..memang begitu...
ReplyDeleteSalam.
Deleteibm-raismazzadam,
Elok benar DAJJAL ini disumbat ke penjara Sg Buloh...URGENT!....hehehehe