SUMBER :
AKHIRNYA Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengakui PKR mempunyai kelemahan dalam menempuh pemilihan parti tahun ini. Pengerusinya Datuk Johari Abdul berkata, jawatankuasanya akan mencadangkan kepada parti untuk memperbaiki pemilihan kali ini berdasarkan pengalaman yang menyaksikan kekalutan yang berlaku selama hampir lima bulan pemilihan itu. Untuk rekod pemilihan PKR bermula pada Mac yang lalu. Kita tidak menafikan bahawa pemilihan ini perlu diperbaiki pada masa akan datang, isu gangster misalnya, tidak adil jugaklah kekalutan itu disebabkan oleh kami sebab mereka yang mencetuskan pemilihan sebelum ini adalah bukan ahli parti. Kami bukan sempurna, kami akan mencadangkan macam mana nak pertingkatkan pemilihan pada parti, katanya dalam sidang media JPP di Ibu Pejabat PKR hari ini

P/S ~ Kalau baru pemilihan parti pun dah kelam-kabut hingga keputusan begitu lama baru dapat, macam mana nak ke Putrajaya dan memerintah negara? Pergaduhan berlaku di setiap mesyuarat, bangku terbang, kepala pecah, peti undi di bawa lari, black-out, bermacam-macam perkara buruk berlaku semasa proses pengudian. Jadi, masih relevankah PKR ni?...atau kerja mereka sentiasa nak kelentung rakyat senoneng dengan gelaran 'Parti Kelentung Rakyat'. fikir-fikirkan. Wassalam ~ IBM