Tuesday, August 12, 2014

ANWAR JADI SASAU, DAPIG MULA GOYAH BILA DENGAR BERITA INI. SAH! PAS TERUS SOKONG KHALID - EXCO PAS

SELASA, 12 OGOS 2014

KEMELUT DALAM PAKATAN...

EXCO PAS Selangor Sallehen Mukhyi (gambar bawah) berkata, beliau akan terus berkhidmat di bawah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak Bernam ini memberitahu kepada para pemberita semalam, Isnin bahawa tidak ada sebab untuk ahli-ahli PAS meletakkan jawatan sebagai exco. Katanya, ketika ahli-ahli PKR dan DAP mempunyai pendirian mereka sendiri mengenai perkara itu, PAS tidak terikat untuk mengikut mereka. Kita tidak akan meletakkan jawatan, mengapa kita perlu berbuat demikian?. Pelantikan Menteri Besar dilakukan di bawah perlembagaan negeri dan kami akan terus menyokong beliau. Ini adalah prinsip kami, katanya.

KALAU PAS ANAK JANTAN, MEREKA AKAN TINGGLKAN PAKATAN. BERANAIKAH PAS? KITA TUNGGU DAN LIHAT.


Khalid, yang dipecat dari PKR Sabtu lalu, sebelum ini berkata beliau masih mampu mentadbir negeri ini. Katanya beliau akan kekal dalam kedudukannya dan ahli exco yang enggan untuk bekerjasama dengan boleh meletak jawatan. Adun Pelabuhan Klang berkata peruntukan dalam perlembagaan negeri membenarkan beliau untuk mendapatkan persetujuan Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah untuk membuat perubahan kepada barisan exco yang sedia ada. Dalam perkembangan berkaitan, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Khalid Samad berkata tidak ada langkah untuk memaksa empat ahli exco PAS untuk meletakkan jawatan mereka.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara ini akan menjadi status semasa kerana jawatankuasa PAS pusat akan bermesyuarat untuk membuat keputusan tentang isu MB Selangor pada Ahad. Beliau berharap exco PKR dan DAP akan mengambil iktibar daripada contoh PAS dengan tidak meletakkan jawatan mereka. Tiga ahli exco PAS yang lain, Iskandar Ab Samad (Chempaka), Dr Halimah Ali (Selat Klang) dan Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen. Maka, disini bolehlah kita buat kesimpulan bahawa PAS sudah mula sedar dan sudah mula mengorak langkah untuk meninggalkan Anwar dan Pakatan. 

Sekarang baru mereka (PAS) sedar bahawa berjuang di  bawah ketiak dan telunjuk Anwar tidak mendatangkan apa-apa, malah mereka (PAS) sudah mula sedar pengikut-pengikutnya sudah mula bosan dengan kerenah dan perjuangan PAS yang tidak ada hala tuju dan sudah menyimpang jauh dari perjuangan asalnya. Maka, kesempatan ini patut diambil oleh PAS buat pengajaran mereka demi untuk mengambalikan maruah PAS yang sudah tercemar kerana di tarik hidung, diperkudakan dan yang terkini di hina oleh rakan kongsi mereka dalam Pakatan, iaitu PKR dan DAP semata-mata PAS membuat pendirian berdiri teguh di belakang Khalid Ibrahim dan menyokong Khalid untuk terus menjadi Menteri Besar Selangor.

Bagi Anwar dan Pakatan, PAS telah mengkhianati Pakatan dan statement semalam dari Anwar memberi amaran kepada PAS yang PAS pasti akan tunduk kepada kehendak PKR. Jadi, PAS, apa lagi, tunjukkan kejantanan korang. Katakan tidak kepada Anwar dan geng-gengnya kerana perjuangan politik Anwar adalah untuk kepentingan peribadi, serta keluarganya, kroni-kroninya dan Anwar juga mengamalkan politik 'songsang' yang amat-amat berbahaya kepada negara. Korang fikirkan lah. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...