SUMBER :
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, titah supaya lebih daripada dua nama dicadangkan itu bertujuan memudahkan baginda menentukan calon yang berkelayakan untuk dilantik ke jawatan eksekutif berkenaan. "Sebagaimana yang diperentukan di bawah Perkara LI (1), Perkara LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Duli Yang Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan seorang Menteri Besar yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Selain itu, Mohamad Bani mengesahkan bahawa Sultan Sharafuddin menerima menghadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menyembah maklum memohon perkenan untuk meletak jawatan. Bagaimanapun, Sultan Selangor menangguhkan penerimaan perletakkan jawatan itu sehingga pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu ditentukan. PR sebelum ini sebulat suara mengemukan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar.
P/S ~ Meroyan lagi le nampaknya Anwar dan pakatan haram. Dan, sudah tentu akan keluar di laman sosial FB, twitter dan sebagainya dari pihak yang tidak puas hati terhadap Sultan dan bermacam-macam tomahan yang kita akan dengar nanti. Tak percaya tunggu. Menyalah gunakan laman sosial ini sudah menjadi satu trend sekarang ini. Mereka (pengguna) tidak pernah serik walaupun di kena hukuman. Mungkin hukuman dan denda tersebut terlalu minima kot. Itu sebab mereka tak takut. Anwar, ada pelan C tak selepas ini?...Huhuhu...Wasallam ~ IBM