Saturday, August 2, 2014

PAS KELUAR PAKATAN RAKYAT 1 OGOS 2014 ADALAH BERITA PALSU? YE KE NI PAS? ATAU.......

SABTU, 02 OGOS 2014
PAS  Keluar Pakatan Rakyat 1 Ogos 2014 Adalah Berita Palsu?. Sejak semalam 1 Ogos 2014, heboh di internet terutama dalam laman politik Malaysia berikutan penyebaran surat penarikan diri parti PAS dari bersama dengan Pakatan Rakyat (PR). Surat yang bertajuk “Penarikan Diri Pas Dari Pakatan Rakyat” menerangkan penarikan diri parti PAS dalam pakatan berikutan menjaga maruah PAS yang dipandang rendah dan hina oleh DAP selain bertujuan menjaga masalah ummah yang semakin meruncing bahana perbuatan DAP dan ahlinya adalah palsu seperti yang diumumkan dalam Harakah Daily. 
Surat PAS Yang Ditandatangani Oleh SU Agungnya, Datuk Mustafa Ali. PAS Nak Nafi lagi?
Susulan penyebaran itu, hari ini 2 ogos 2014 bersamaan 6 Syawal 1435H Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali telah menjelaskan bahawa surat tersebut adalah palsu dan beliau menjelaskan bahawa surat yang kononnya ditandatangani beliau dengan menggunakan letter head Pejabat Agung berhubung perkara itu merupakan pembohongan semata-mata. Hehehe...betul ke ni? Jadi siapa yang keluarkan surat yang di atas tu? Salah UMNO juga ke? Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...