SETELAH ada yang pecah kepala, baling kerusi, peti undi dipecah, kiraan undi dalam bilik Hotel bajet, beli undi dan bermacam-macam perkara yang tak senonoh berlaku semasa pemilihan Parti Pakatan rakyat (PKR), maka barulah diumumkan keputusan pemilihan tersebut. Pemilihan tersebut di lihat sebagai pemilihan parti yang paling kotor dalam sejarah politik tanah air sehingga ada yang mempertikaikan mengapa ianya begitu lama untuk diumumkan mengalahkan keputusan pilihanraya Presiden Indonesia (telah pun diumumkan)? Seperti dijangka, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu kali ini.
![](http://3.bp.blogspot.com/-uUuabTAFOV0/U_WbXhWEt0I/AAAAAAAAj2Q/4-dCcDSEsVI/s1600/Pemilihan%2B2014.jpg)
Selain Latheefa, 19 lagi yang terpilih adalah Hee Loy Sian, Christina Liew, Fariz Musa, Elizabeth Wong, Keat Peng, Ali Biju, Dr Yaakob Sapari, Shuhaimi Shafei dan S. Manikavasagam, Azmizam Zaman Huri,Siti Aishah Shaik Ismail, Abdul Yunus Jamahri, William Zakaria, Zakaria Abdul Hamid, Dr Roland Chia Ming Shen, Khalid Jaafar, G. Manivanan, M. Ravi, Abdullah Sani Abdul Hamid dan Gooi Hsiao Lung. Terdahulu, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden PKR. Keputusan rasmi bagi pemilihan PKR sejak Mac lalu diumumkan pada Khamis selepas ditangguhkan beberapa kali. Persoalannya, adalah mereka-mereka ini akan membawa kejayaan kepada PKR atau PKR akan terus lingkup serta ditolak oleh rakyat setelah kemelut dalaman mereka masih tidak selesai.
Diberitakan dah ramai ahli-ahli parti meninggalkan PKR. Mereka dah jemu, jelak dengan permainan kotor yang diacukan oleh parti anak-beranak ini. Lingkupkah PKR pada PRU akan datang? Sama-sama kita tunggu. Wasallam ~ IBM