Friday, August 8, 2014

JIJIK BETUL POLITIK PKR NI. ADUN DIPAKSA UNTUK TOLAK KHALID...INI BETUL POLITIK 'SONGSANG'

JUMAAT. 08 OGOS 2014

KEMELUT PEREBUTAN JAWATAN MB S'GOR..
SUMBER : mStar
Komplot menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar Selangor kini memasuki episod baharu apabila kesemua 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri itu turut diberi tekanan bagi menjayakan agenda berkenaan. Terbaharu, kesemua 13 Adun itu didakwa diarahkan oleh pucuk pimpinan PKR supaya menandatangani surat akuan sumpah yang mengakui mereka hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid sebagai Menteri Besar. mStar Online difahamkan surat yang diedarkan pada Khamis itu perlu diserahkan kembali ke Ibu Pejabat PKR selewat-lewatnya pada pukul 10 pagi Jumaat. Untuk rekod, PKR mempunyai 14 Adun termasuk Abdul Khalid. Bagaimanapun, kesahihan surat berkenaan masih diragui.
Pada lewat malam Khamis, mStar Online menerima satu salinan surat akuan sumpah versi digital yang tertera nama dan maklumat peribadi salah seorang daripada 13 ADUN PKR Selangor. Antara inti pati surat akuan yang perlu ditandatangani oleh Adun terbabit yang juga Exco Selangor itu, tertulis bahawa beliau tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap Abdul Khalid untuk mentadbir kerajaan negeri. Turut dinyatakan ialah bahawa pengaku mempunyai kepercayaan terhadap Adun Kajang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
Menurut sumber yang rapat dengan Abdul Khalid, terdapat dikalangan Adun-adun yang menerima surat itu tampil memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu tersebut. "Mereka kena paksa tandatangan surat ini. ADUN sendiri yang bagi (salinan surat)," katanya ringkas.
P/S - Berpandukan kepada cerita di atas, kesimpulan yang boleh kita buat disini ialah betapa kotornya permainan politik yang diamalkan oleh PKR. Semasa mereka baru ujud dahulu, betapa cantik dan manisnya mainan politik PKR ni. Segala janji dan perubahan akan dibuat untuk rakyat sekiranya mereka di beri mandat. Itu....hanyalah janji-janji kosong mereka ibarat 'menanam tebu ditepi bibir'. Sekarang korang dah tahu dan nampak belang sebenarnya PKR dan Pakatan di Selangor ini. IBM tak nak kupas dalam-dalam masalah dalaman yang begitu kritikal di dalam PKR. Semua orang dah tahu. Setiap  hari di dalam akhbar tempatan cerita pertelingkahan seumpama berperang sedang melanda PKR. Hari-hari kita dapat baca dan dah  muak dibuatnya. Apa planning korang pada PRU ke-14 nanti? Nak support PKR/Pakatan lagi?...Korang fikirlah sendiri. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...