Tuesday, August 19, 2014

PAK MAHATHIR TEGUR, BUKAN SURUH NAJIB LETAK JAWATAN. JANGAN TOKOK TAMBAH!

SELASA, 19 OGOS 2014
ADA yang salah tangkapan apabila mantan Perdana Menteri membuat teguran secara terbuka ke atas pentadbiran Datuk Seri Najib di dalam blognya semalam. Yang pasti, portal pro pembangkang mengambil kesempatan menokok tambah apa yang di tulis oleh Tun Mahathir di dalam blognya. Tun Mahathir menegur, pembangkang tambah garam dan cuka. Ekoran dari itu, Tun Dr Mahathir Mohamad membalas dan berkata beliau tidak berniat meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, sebaliknya hanya memberi teguran terhadap Perdana Menteri dalam catatan terbaru dalam blognya. 
Tun M tidak kata dia (Najib) patut letak jawatan, cuma tidak setuju dengan sebahagian daripada dasar dia. Ia (teguran) itu bukan bersifat peribadi. Orang lain tak tegur dia, jadi beliau tegur la, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis, Universiti Utara Malaysia (IEIJS-UUM) semalam, Isnin. Bekas Perdana Menteri itu dalam catatan blognya berkata, beliau menegur pentadbiran Najib kerana berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala yang dilakukan oleh mereka adalah baik belaka.
Katanya, hanya apabila ditegur sahaja pemimpin akan sedar kesalahan yang dilakukan dan mungkin memperbetulkannya. Dr Mahathir berkata beliau menegur menerusi blognya kerana telah berulang kali menegur pentadbiran Najib tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Harap DS Najib faham kerana teguran dari Tun Mahathir itu adalah untuk kebaikan bersama, demi bangsa dan negara. Seronok bila tengok mantan Perdana Menteri duduk semeja dengan Perdana Menteri minum teh tarik bersama, bioncang apa yang patut. Demi untuk kebaikan bersam apalah salahnya, kan? Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...