Dipetik Dari : MYKMU.NET
Sejak nama Datin Seri Wan Azizah diumumkan sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, tidak dinafikan nama beliau menjadi gah dan keutamaan dari pelbagai pihak untuk berbicara mengenai kisah politik negeri Selangor. Wan Azizah yang diketahui ramai, khususnya ahli-ahli politik mengetahui dirinya hanyalah menjadi boneka buat Anwar Ibrahim sahaja juga sebagai batu loncatan buat suaminya sendiri untuk mendapatkan sesuatu dalam dunia politik. Adalah tidak dapat dipertikaikan, sejak Wan Azizah menang di Kajang dan menjadi ADUN Kajang, fungsi utama Wan Azizah banyak diberikan jalan oleh Anwar untuk bagaimana beliau mengatur perjalanan dalam berpolitik. Maka itu, apabila diasak dengan kenyataan yang tugas Wan Azizah untuk akan datang sebagai Menteri Besar Selangor akan banyak dibayangi dan dikuasai oleh Anwar, ia tidak dapat disangkal sama sekali meski pun Wan Azizah sudah memulakan ‘drama’ mempertahankan suaminya seperti tidak bersalah dalam isu perlantikan MB Selangor.
Selepas ramai pihak menghentam Anwar atas tindakannya yang mementingkan diri sendiri dengan melantik isteri sendiri sebagai MB Selangor untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim, Wan Azizah sehabis baik mencuba untuk tidak membiarkan nama suaminya menjadi buruk.Kata Wan Azizah, setiap kata-kata Anwar Ibrahim yang diterima akan dijadikan nasihat dan tunjuk ajar untuk beliau menggalas tugas yang mencabar sebagai seorang MB. Nampaknya, sifat Wan Azizah yang patuh dan lurus tidak dapat dibuang dari dirinya. Ini dapat dilihat, sepanjang beliau menjadi Presiden PKR, tidak banyak usaha dan kerja yang dilakukan oleh Wan Azizah apatah lagi menyelesaikan krisis dalaman yang melanda parti walaupun kuasanya adalah paling tertinggi dari ahli lain.
Paling jelas untuk dijadikan contoh adalah ketika Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali lebih banyak mengongkong Wan Azizah dari menggunakan kuasa dan menghalang Wan Azizah dari bertanding dalam PRU13. Natijahnya, Wan Azizah hanya mengikut sahaja telunjuk pihak-pihak yang memberikan nasihat kepada dirinya dalam cara untuk bergerak mengatur strategi politik. Justeru itu, apabila Wan Azizah begitu beria-ia memberitahu dirinya akan menggalas tanggungjawab sebagai MB Selangor nanti, dapatkah rakyat percaya akan janjinya itu dan beliau akan lebih baik dari Khalid Ibrahim? Nampak gayanya, Anwar Ibrahim sudah meletakkan calon yang langsung tidak berpengalaman untuk menguruskan pelbagai krisis yang melanda negeri Selangor supaya Anwar yang akan berkuasa nanti.
Memang benarlah walaupun disangkal beria-ia oleh Wan Azizah yang Anwar Ibrahim tidak akan mencampuri tugasnya nanti adalah satu sangkal yang lucu apabila cuba membohongi rakyat apatah lagi semua pihak sudah dapat meramal dan membaca strategi yang diatur Anwar. Sekali lagi dan berkali-kali lagi, Wan Azizah akan terus berbohong dan ‘berdrama’ untuk menutup kesalahan suaminya sendiri serta akan terus dipergunakan oleh Anwar.
P/S - Apa nak buat. Kan itu yang rakyat Selangor nak. Angkat dan sokong lagi Pakatan, apatah lagi Parti Kelentung Rakyat (PKR) yang pelakunnya terlalu hebat sehingga rakyat Selangor tidak perasan mereka di tipu hidup-hidup oleh sepasang suami isteri yang gila dan tamakkan jawatan. Wasallam ~ IBM