Monday, August 11, 2014

TERKINI! KHALID KEKAL MB SELANGOR DIATAS PEKENAN DULI SULTAN. ANWAR MERAUNG ..MELALAK! HUHUHU..

ISNIN, 11 OGOS 2014

KEMELUT JAWATAN MB SELANGOR....

NAMPAKNYA 'langkah kajang' Anwar tak menjadi menjadi buat sementara ini. Langkah Anwar sumbang, langkah yang akan membawa kecelakan kepadanya kerana Penjara Sungai buloh sedang menanti beliau. Itulah langkah Anwar yang sebenarnya. Kini, penyokong-penyokong Khalid gagap  boleh menarik nafas merasa lega buat semantara kerana isu Menteri Besar ini berpihak kepada mereka (buat sementara).

Pagi tadi, Sultan, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar. Menurut Abdul Khalid, beliau akan terus menjalankan tugas sehingga ada perkembangan baharu. Menurutnya, selepas menghadap Sultan Selangor, baginda berpuas hati dengan penjelasannya dan memberi perkenan kepadanya untuk terus memegang jawatan Menteri Besar.

Oleh itu, sama-sama kita menunggu apa pula tindak balas dari kem Anwar di atas pengumuman Duli Sultan Selangor diatas pekenan beliau mengekalkan jawatan Menteri Besar kepada Khalid. Adakah kuncu-kuncu Anwar akan 'berdemo' demi untuk memenuhi nafsu politik kotor Anwar? Tungguuuuu! Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...