SUMBER :
Makin kalut dalam Pakatan Rakyat berhubung krisis tukar Menteri Besar Selangor ini. Kenyataan pagi, petang dah tak boleh pakai, kenyataan semalam hari ini sudah bertukar. Al kisah, jika ikut kenyataan terbaru Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, boleh bayangkan Pakatan Rakyat kini retak seribu, pucuk pimpinan ketiga-tiga parti sudah hilang 'arahan dan kawalan' terhadap parti-parti lain. Dalam pada kononnya PKR dan DAP sudah sepakat hanya hantar nama satu calon MB sahaja iaitu Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berdasarkan kenyataan media Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua malam Selasa. Pagi Rabu, Lim Guan Eng kata parti itu akan menunggu surat dari Istana Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum membuat kenyataan berhubung calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Ini jika ambik kira kenyataan bersama Saifuddin dan Tony Pua semalam sudah jadi korner baring. Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, pendirian parti telah diumum sebelum ini tetapi dengan perkembangan terbaru berhubung krisis Menteri Besar Selangor itu, beliau akan menunggu surat dari Istana sebelum parti membuat perancangan seterusnya. "Saya belum terima surat...oleh itu saya tidak mahu buat komen kerana tidak elok saya buat komen tanpa surat Tuanku," katanya. Guan Eng adalah pemimpin nombor satu dalam struktur organisasi DAP. Apakah beliau akan tunduk dengan desakan PKR hanya mencalonkan Wan Azizah atau ambik peluang ini untuk kemuka nama lain. Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Selangor, Tuanku Sultan mempunyai kuasa budi biacara mutlak menentukan siapa yang hendak dilantik jadi MB.
Semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan. Baginda turut menitahkan pemimpin Pakatan Rakyat - PAS, PKR dan DAP - supaya mencadangkan lebih daripada dua nama daripada setiap parti itu sebagai calon menteri besar Selangor bagi memudahkan baginda untuk menentukan calon yang berkelayakan, seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak sebagai Menteri Besar. Pakatan Rakyat sebelum ini hanya mencadangkan satu nama iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid.
P/S ~ Yang DAPig ni sibuk-sibuk buat apa. Depa ada wakil melayu ke untuk di sembah kepada Duli Tuanku Sultan Selangor. Yang kita tahu dikalangan pemimpin-pemimpin atasan DAP ni semuanya Cinabeng. Mana ada melayu. Jadi, nak tunggu surat apa lagi si Lim gila ni? Atau depa ingat Sultan boleh terima bangsa Cina mualaf jadi MB? Jangan mimpi di siang hari le Lim. Mungkin ko boleh mimpi bersama bapak ko Lim Kit Siang kerana nama pun 'Siang'. Huhuhu. Wasallam ~ IBM