SUMBER :
Anwar Ibrahim sekarang ini sedang cuba memaksa para pemimpin PAS agar ikut apa-apa sahaja kehendak dan perancangannya. Kalau PAS menuruti kehendaknya dan patuh kepada segala titah perintahnya, para pemimpin PAS itu akan dapat habuan yang sangat bersifat syurgawi di dunia ini. Sudah ada pemimpin PAS yang terpesona dengan janji-janji Anwar Ibrahim As-Sayyad sepertimana terpesonanya orang Islam melihat syurga di tangan kanan dan neraka di tangan kiri Dajjal Al-Masih. Anwar Ibrahim juga berkata, dia boleh mematikan PAS jikalau PAS enggan mengikut kehendaknya dan akan membebaskan PAS untuk terus hidup dengan penuh kegembiraan, melakukan apa-apa sahaja kegiatan tanpa sebarang halangan, malah akan mendapat habuan besar sepertinya jikalau PAS mengikut semua perancangannya. Sudah ada pemimpin PAS yang takut dengan ancaman Anwar Ibrahim As-Sayyad sepertimana takutnya orang ramai apabila melihat 'kekuasaan Dajal' menghidupkan dan mematikan manusia sedangkan semua itu adalah kehendak Allah Taala, bukan kuasa si Dajjal Al-Masih. Anwar Ibrahim sedang melakukan pelbagai perkara dusta untuk memenuhi keperluannya termasuklah mengadakan siri-siri ceramah untuk menfitnah sesiapa sahaja yang enggan tunduk kepadanya.
PAS juga tidak terkecuali terkenal ulah fitnah apabila TGHH dan TGNA menzahirkan sokongan mereka kepada Khalid Ibrahim. Sudah ada pemimpin PAS yang sangat bimbang sekiranya mereka difitnah oleh Anwar Ibrahim, menjadikan mereka terpaksa menurut dan tunduk kepada Anwar Ibrahim asalkan segala rahsia mereka tidak dibuka oleh Anwar As-Sayyad, sekaligus aib dan harga diri mereka berada dalam genggaman peribadi Anwar Ibrahim As-Sayyad Laknatullahhi Alaih. Dari awal lagi telah ditekankan bahawa PAS menyokong Anwar Ibrahim ketika dia dalam kesusahan kerana PAS berpendapat membela orang yang dizalimi, ditindas dan dianiayai adalah satu kewajipan, malah merupakan fardhu kifayah. Malangnya Anwar terus perasan kononnya, kerana aura, kerana integriti, kerana kehebatan dan kerana pengaruhnya, maka PAS terpaksa tunduk kepadanya. Kali ini, Anwar Ibrahim telah melakukan kesilapan yang besar. Walaupun ada pemimpin PAS seperti golongan yang akhirnya menyembah Dajjal Al-Masih dan meninggalkan Allah Taala, tetapi sebahagian besar akar umbi masih boleh berfikir secara waras. Kalau tahun 1998 dahulu, PAS menyokong Anwar atas dasar pembelaan terhadap golongan tertindas dan dizalimi, mengapa pula pada tahun 2014, PAS tidak boleh menyokong golongan yang ditindas dan dizalimi serta didustai dan difitnah oleh Anwar Ibrahim As-Sayyad Laknatullahhi Alaih?
Apa perlu lagi PAS ikut sahaja segala kata-kata Anwar Ibrahim padahal dia bukanlah pemimpin PAS, malah dia telah mengarahkan orang-orangnya untuk menfitnah pemimpin agung PAS melibatkan tiga orang Tok Guru yang amat dihormati. Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Anwar Ibrahim As-Sayyad Laknatullahhi Alaih dalam hal menghina TGNA, TGHH dan TGHD, sesungguhnya alasan-alasan tersebut sudah cukup menjadi petunjuk kepada PAS bahawa kita selama ini telah bekerjasama dengan Dajjal Al-Masih dalam bentuk tubuh badan Anwar Ibrahim As-Sayyad. Justeru tidak hairanlah Allah Taala tunjukkan kepada kita tentang mata satu (lebam), temberang dan fitnahnya (16 September), dusta dan tipu perdaya (liwat) serta nafsu serakah (chinadoll dan kegilaan untuk merompak kekayaan Selangor menerusi perlantikan isterinya sebagai Menteri Besar)
P/S ~ Segala kerenah, taktik kotor Anwar untuk memenuhi nafsu syaitannya, dilihat tidak kesampian. Semua yang dirancang walaupun begitu teratur sekali, gagal, tidak diizinkan oleh Allah SWT. Anwar akan terima akibatnya tak lama lagi. Cukup...cukuplah setakat ini dia menyusahkan rakyat dan menghura-harakan negara demi untuk mencapai cita-citanya sebagai Perdana Menteri, seperti yang IBM katakan, Allah tidak mengizinkannya. Langkah Kajang yang diatur kononnya langkah yang akan menjurus ke Putra Jaya, nampaknya sudah menjadi asap....berterbangan di tiup angin. Ini jelas, menunjukkan bahawa politik Anwar cukup kotor dan jahat. Beliau tak kisah di panggil 'dajjal'..asalkan cita-citanya tercapai. Tapi......mungkin tidak apabila panggilan dari 'Penjara Sg Buloh' melambai-lambainya. Bersantailah ko di sana wahai Anwar dajjal. Wasallam ~ IBM