Monday, August 18, 2014

ISU MB : ENGGAN BERI LALUAN PADA AZMIN, KHALID BUAT 'U' TURN SOKONG NENEK KIPAS SEBAGAI MB. ADUHH! ROJAK...ROJAK POLITIK DI SELANGOR NI..

ISNIN, 18 OGOS 2014

KEMELUT MB SELANGOR :
MENYEDARI dirinya tidak boleh bertahan lama, daripada jawatan Menteri Besar jatuh ke tangan seterunya, Azmin, kita bakal menyaksikan kejutan di luar jangkaan apabila Abdul Khalid Ibrahim mungkin membuat 'pusingan U' dengan membenarkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)  Wan Azizah Wan Ismail@Nenek Kipas untuk mengambil alih jawatannya. Ini kerana dendam lama, dendam politik menyebabkan Menteri Besar itu enggan memberi laluan mudah kepada Timbalan Presiden, Azmin Ali untuk menggantikannya, kata sumber terdekat kepada Khalid. 

Sumber percaya Khalid sanggup mengalah kepada Wan Azizah dan akan mengatur beliau (Wan Azizah) menghadap Sultan. Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permintaan Wan Azizah untuk menghadap baginda pada awal bulan ini. Menurut sumber, Khalid mungkin tidak akan memohon untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi melancarkan proses peralihan kuasa diantara beliau dan Wan Azizah, isteri kepada penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Khalid yang enggan meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Wan Azizah dipecat oleh parti pada minggu lalu. 

PAS pada Ahad sebulat suara memutuskan untuk tidak menyokong Khalid sebagai Menteri Besar tetapi meminta nama Azmin dicalonkan bersama dengan Wan Azizah bagi jawatan tersebut. Itulah wajah PAS sebenarnya. Memang PAS ni tidak boleh dipercayai dipercayai. Hari ini cakap lain, besok cakap lain. Lidah pemimpin-pemimpin PAS ni lidah 'biawak' bercabang dua. Maka, Khalid gagap menjadi mangsa kecabangan lidah mereka. Apapun, samada Khalid akan membuat pusingan 'U' atau membubarkan DUN, kita tunggu Sultan Selangor kembali dari bercuti pada 27 Ogos ini. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...