BERTANGGUNGJAWAB diatas apa yang berlaku, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Azhar Abdul Hamid meletak jawatan berikutan insiden runtuhan di tapak projek MRT di Kota Damansara pada malam semalam, Isnin. Insiden itu meragut tiga nyawa. Pada esok, saya bukan lagi CEO syarikat ini," katanya pada sidang media di tapak MRT pagi ini, Selasa. Azhar berkata, beliau sentiasa mementingkan langkah-langkah keselamatan yang ketat di tapak MRT tetapi insiden seperti itu berulang lagi.
Beliau sudah melakukan yang terbaik, tetapi ternyata gagal dan oleh itu beliau akan berundur dari jawatan beliau sebagai CEO. Beliau dimaklumkan beberapa langkah-langkah keselamatan tidak dipatuhi oleh sub-kontraktor dan jika itu adalah puncanya, beliau akan memastikan MRT Corp tidak bekerjasama dengan mereka semula, katanya. Tabik hormat seperti Datuk Azahar ini. Keselamatan pekerja adalah segala-galanya, kerana tanpa mereka (pekerja) projek tidak akan berjalan dan siap. Selamat maju jaya Datuk Azhar. Wasalam ~ IBM.