Wednesday, August 6, 2014

RAFIZI RAMLI@PONDAN BODOH MACAM LEMBU, KATA PAK MUS...HEHEHE

RABU, 06 OGOS 2014

KEMELUT DALAMAN PAKATAN...
CERITA lama di ungkit kembali. Dah melalutlah pemimpin Pakatan ni. Kini, kawan dah jadi lawan, hentam-menghentam dah jadi lumrah hidup dalam Pakatan sekarang ini. Hari ini diberitakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali membidas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan menyifatkan beliau sebagai membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan parti Islam itu yang mahu bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Jika dia menganggap dia adalah pengarah strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh, kata Mustafa dengan nada yang geram. Mustafa mengulas kenyataan Rafizi malam tadi yang mendedahkan kononnya PAS mencadangkan nama bekas Menteri kabinet daripada Umno itu sebagai bakal Perdana Menteri jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.
 
Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis Menteri Besar Selangor di Kuala Lumpur, malam tadi. Kata Rafizi, PAS mencadangkan perkara tersebut ketika Pakatan di ambang PRU13, kerana ketika itu agak sukar mendapat konsensus daripada parti Islam itu mengenai calon Perdana Menteri. Sebulan sebelum PRU13, pemimpin PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr Haron Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mustafa semuanya berjumpa Anwar. Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin Umno, Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri kalau kita menang Putrajaya, kata ahli Parlimen Pandan itu. 

Sementara itu, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam kenyataannya berkata tindakan parti itu mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai calon Perdana Menteri bertujuan memecahkan sokongan kuat Melayu luar bandar terhadap Umno. Anwar tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, lalu cadangan itu 'tutup buku' tanpa ada sebarang pengumuman, kata Zuhdi dalam Facebooknya. Sepereti yang kita maklum, Pakatan berjaya mendapat sokongan undi popular dalam PRU13 tetapi gagal  berkuasa di Putrajaya apabila BN melalui Umno menang banyak kerusi di luar bandar iaitu di kalangan undi Melayu. Kesimpulanya, memang semua pemimpin-pemimpin Pakatan bodoh, bodoh macam lembu, tamak, ego dan berkepentingan diri sendiri. tidak ada dalam jiwa mereka yang merupakan seorang pejuang, malah mereka lebih mementingkan periuk nasi mereka dan pangkat. 

Kesian rakyat yang  tak berdosa menjadi mangsa mereka. Janji tinggal janji. Itulah 'politik songsang' yang mereka (pakatan) amal sekarang. IBM harap kemelut di Selangor ini membuka mata rakyat supaya tidak lagi tertipu dengan janji-janji yang manis dari Pakatan. Tolak dan humban sahaja mereka pada PRU ke-14 nanti, dan buktikan sekiranya pilihan raya  negeri (PRN) berlaku gara-gara perbalahan di dalam PKR masih belum ada tanda-tanda akan reda. Maka, fikir-fikirkan. Jangan tertipu lagi. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...