Wednesday, August 13, 2014

NAH! INI DIA SURAT PECAT EXCO DAP & PKR DARI SULTAN SELANGOR...

RABU, 13 OGOS 2014

KEMELUT PAKATAN HARAM SELANGOR..



JANGAN
cabar aku. Aku akan buktikan. Begitulah agaknya yang dikatakan Khalid Selepas didakwa bertindak tidak mengikut undang-undang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya mendedahkan surat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pemecatan lima exco Pakatan Rakyat negeri itu. Menerusi surat bertarikh 12 Ogos yang dialamatkan kepada Khalid itu, baginda mengambil maklum mengenai cadangan untuk menamatkan perkhidmatan lima exco iaitu dua daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tiga lagi yang mewakili DAP. "Beta tiada halangan jika YAB Tan Sri Menteri Besar menamatkan khidmat mereka," titah baginda seperti yang terkandung dalam surat tersebut. Pada Selasa, Khalid mengemukakan surat cadangan bagi meminta perkenan Sultan Selangor supaya kelima-lima exco daripada PKR dan DAP yang tidak menyokong pentadbirannya digugurkan serta-merta. 
Tiga anggota exco daripada DAP ialah Datuk Teng Chang Khim, V. Ganabatirau dan Ean Yong Hian Wah, sementara exco daripada PKR ialah Elizabeth Wong Keat Ping dan Dr Daroyah Alwi. Bertambah bengkak le dada si Nuar dan kuncu-kuncunya apabila membaca surat pecat terhadap lima orang Exconya dari Duli Sultan. Adakah Anwar akan bertindak balik mencabar akan kesohehan surat pemecatan tersebut. Siapa tak kenal Anwar. kalau Mahkamah dia boleh perlekehkan, melambatkan-lambat kes liwatnya, apatah lagi dengan surat tersebut. Anwar bukannya hormat pada Sultan. Apapun kita tunggu episod seterusnya kerana drama kemelut politik Selangor ini akan berterusan, tapi tak tahu bila akan berakhir. Mungkinkah percepatkan hukuman Anwar akan kes liwat II nya itu dan sumbat Anwar ke penjara Sungai Buloh, baru reda dan lega sikit kemelut di Selangor ini? Sama-sama kita tunggu. Wasallam ~ IBM 

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...