Saturday, August 9, 2014

INI 'LANGKAH KHALID' SELEPAS DIPECAT....

SABTU, 09 OGOS 2014

SUMBER : AGENDA DAILY
INI kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulas isu pemecatannya. Katanya beliau terima walaupun keputusan itu salah dan cacat, dan beliau mahu mengadap DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan kepada baginda perkembangan terbaru ini, seterusnya mendengar pandangan baginda yang boleh dikongsi.
 BERIKUT KAMI SIARKAN KENYATAAN PENUH BELIAU :
"Saya menerima keputusan oleh Parti Keadilan Rakyat untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan tersebut adalah salah dan cacat dari segi undang-undang. Seperti yang saya nyatakan menerusi maklum balas terhadap Surat Tunjuk Sebab, pihak parti sesungguhnya keliru dengan butir-butir pertuduhan yang mahu dikenakan terhadap saya. Malah, Pengerusi Lembaga Disiplin gagal menyatakan secara khusus peruntukan mana di dalam Perlembagaan Parti yang telah saya cabuli. Saya juga ingin menyatakan walaupun saya telah memohon penangguhan sesi penjelasan kepada Lembaga Disiplin dengan mencadangkan tarikh 15 Ogos 2014 sebagai tarikh yang sesuai tetapi tiada jawapan balas diberikan.

Sebaliknya, Lembaga Disiplin tetap meneruskan pendengaran tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan daripada saya. Saya tidak diberi peluang dan proses yang adil untuk menjawab semua tuduhan terhadap saya mengikut tatacara yang teratur dan adil. Saya percaya ada tindakan sabotaj dari pihak tertinggi parti. Saya akan mengadap DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan kepada baginda perkembangan terbaru ini, seterusnya mendengar pandangan baginda yang boleh dikongsi.
Sehingga isu ini diselesaikan mengikut  prosedur yang betul, mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri, saya akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai Menteri Besar  mengikut kemampuan saya. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam menempuh masa-masa yang sukar ini".

TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
P/S - Agak-agak korang apakah laporan yang si Khalid tu nak ajukan kepada Duli Tuanku Sultan Selangor. Mohon pekenan 'bubarkan DUN'?....entahlah. Sama-sama  kita tunggu dengan penuh  debaran. Wasallam ~ IBM

2 comments:

  1. Langsung tak sebut 'konspirasi' walaupun itulah hakikatnya. Konspirasi adalah senjata anwar lawan kerajaan pusat dulu, patutnya khalid guna senjata anwar untuk lawan anwar atau ....... tunggu. Apa senjata yg khalid nak guna pada waktu yg amat genting ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam usin,

      Insyallah. Khalid ada senjata utk lawan Anwar. Kita tunggu sajalah akan kesudahan eposid politik kotor PKR di Selangor ini. PKR akan berkubur setelah Anwar masuk penjara. Percayalah....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...