Saturday, August 16, 2014

TOLONG JANGAN GANGGU PERKERJA KAMI, RAYU MCDONALD'S....NAFI TERLIBAT BIAYI KONFLIK DI GAZA...

SABTU, 16 OGOS 2015
McDonald's Malaysia menegaskan bahawa mereka tidak menyokong kumpulan politik atau konflik agama di mana-mana bahagian di seluruh dunia. Sehubungan itu McDonald's menggesa supaya rakyat Malaysia menghentikan gangguan terhadap pekerjanya. Golden Arches Restaurants Sdn Bhd, yang menguruskan rangkaian McDonald's di Malaysia sebelum ini dilaporkan bahawa pekerjanya diancam, diserang dan diganggu berikutan gesaan supaya memboikot restoran berkenaan. Dakwaan mengenai sebab mereka memboikot restoran ini adalah tidak berasas. Kebanyakkannya dibuat atas kepercayaan sendiri walaupun kami sudah menjelaskan bahawa McDonald's Malaysia tidak membiayai perang.

Situasi kini sampai ke tahap membahayakan pekerja kami, kata Pengarah Urusan Golden Arches Restaurants, Stephen Chew dalam satu temu bual dengan The Star baru-baru ini. Tambah beliau orang ramai dikelirukan dengan maklumat yang tidak tepat hingga menyebabkan rakyat Malaysia bermusuh sesama sendiri. Mengenai dakwaan bahawa Perbadanan McDonald's membiayai Tabung Perpaduan Yahudi (JUF), yang seterusnya membiayai peperangan di Gaza, Chew menjelaskan bahawa walaupun McDonald's adalah jenama Amerika, ia tidak pernah membiayai apa-apa isu politik.

P/S ~ Persoalanya yang timbul sekarang ini, betulkah maklumat yang korang dapat bahawa Mcd ada terlibat atau menyokong Israel dlam konflik di Gaza? Dan, kenapa pekerja-pekerja Mcd dijadikan mangsa? Bagaimana sekiranya semua rangkaian Mcd di Malaysia tutup kedai, bagaimana dengan nasib pekerja-pekerja tersebut? Kemana mereka nak cari makan? bolehkah pihak yang menganjurkan memboikot Mcd memberi jaminan semua pekerja tersebut akan mendapat pekerjaan baru? Fikir-fikirkan sebelum membuat sesuatu, jangan terburu-buru membabi buta untuk bertindak. Dalam hal ini siapa yang rugi? IBM bukan nak menyebelahi MCd, tapi secara rasional, perkara tersebut tak sepatunya berlaku. Nak boikot, buatlah cara yang betul-betul berkesan. Fikir-fikirkan..Wasallam ~ IBM

2 comments:

  1. McD tolong buatkan satu tabung bantuan untuk GAZA ,lepas tu bagitau pada cawangan di US usaha McD MALAYSIA ,Baru dapat meredakan kemarahan rakyat MALAYSIA

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~zul ibrahim,

      Salam. Cadangan yg baik...kena propose le...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...