Sunday, June 1, 2014

WARGA BRITISH HILANG DI PULAU TIOMAN. HISHAMUDDIN JANJI PENCARIAN AKAN DITERUSKAN

AHAD, 01 JUNE 2014
KEHILANGAN warga British ini sudah masuk hari ke ke-enam. Namun masih belum di temui. Mengikut kata Polis, kehilangan warga British itu tiada kaitan dengan unsur jenayah. Apapun, pencarian harus diteruskan. Itu yang dijanjikan oleh Menteri Pertahanan. Jangan sampai dunia mengkritik akan kelemahan negara bagi menyelesaikan masalah warga asing yang hilang :

MALAYSIA memberitahu United Kingdom bahawa negara ini tidak akan berhenti dalam usaha mencari warga Britain, Gareth David Huntley, 34, yang hilang di Pulau Tioman Selasa lepas, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Menteri Pertahanan itu berkata isu kehilangan lelaki itu telah dibincangkan di mesyuarat dengan rakan sejawatannya dari UK, Philip Hammond di Singapura di luar sidang, Shangri La Dialogue yang baru selesai. Hishammuddin bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat peringkat Menteri Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) kesembilan di sini, Ahad.

Menurut siasatan Polis Diraja Malaysia, tidak ada unsur jenayah dapat dikaitkan dengan kes warga Britain yang hilang itu. Namun, pihak berkuasa akan meneruskan siasatan, katanya. Huntley, yang dikatakan bekerja dan tinggal di Projek Juara Penyu di Kampung Juara, Pulau Tioman dilaporkan hilang setelah pergi ke Air Terjun Lubuk Teja pada hari tersebut. Dah ditubuh ke anggota penyelamat?. Langsung tak dengar berita pun. Apa cerita ni? Risau takut pembangkang akan mengambil kesempatan mengapi-api dan melaga-lagakan Malaysia dengan kerajaan United Kingdom. Pembangkangkan cekap dan pakar dalam hal ini. Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM

2 comments:

  1. Tanpa mengira warganegara mana sekalipun, takkanlah kerajaan nak jaga mereka sehiingga mereka "masuk jamban" Masa saya di Australia (berkursus) saya dan rakan-rakan pandai-pandailah jaga diri sendiri. Tak ada siapa pantau pergerakan saya dan rakan-rakan lain. Jadi sesiapa juga berada di mana-mana negara (dinegara sendiri atau dinegara orang) kenalah pandai jaga diri sendiri. Contoh: Bila kita ketempat-tempat yang diluar kawasan orang awam, berilah tahu rakan atau pihak berkuasa setempat seperti hotel /shaley dan sebagainya. Bila berlaku sesuatu perkara mudah orang memberi bantuan. Balik-balik nak salahkan kerajaan. Sendiri cari pasal orang laiin dipersalahkan. Satu lagi contoh terbaru: Rakyat China & Philipina yang dicolek. Bila dah ditemui mintalah mereka cerita apa sebenarnya berlaku. Sebalikanya hantar mereka balik tanpa apa-apa cerita. Nanti kerajaan juga yg disalahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~PUTRA CHUBADAK,

      Ada sedikit kelemahan di pihak kita (Our Government). Tapi, masih boleh diperbetulkan. Anyaway, good comments. Well done. TQ.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...