SEMANGAT tidak lekas putus asa di atas kekalahan beliau yang lampau harus dicontohi oleh kita semua. Pujian harus kita berikan kepada Presiden Gerakan ini. Semangat juangnya begitu tinggi sekali. Baginya, kalah di pertanding yang lalu tidak melemahkan semangat beliau untuk terus berjuang demi parti dan negara. Ini juga membuktikan Gerakan masih relevan setelah di pertikai oleh rakan-rakan kongsinya di dalam BN. Soalan Cupu Emas kepada MCA? Adakah MCA masih relevan? :
TELUK INTAN : Datuk Mah Siew Keong menjelaskan, parti Gerakan yang juga komponen Barisan Nasional (BN) pimpinannya itu masih relevan dan tidak ketinggalan seperti didakwa pembangkang. Sebaliknya, Ahli Parlimen Teluk Intan yang baharu itu berkata, parti itu semakin berkembang umpama 'matahari terbit'. Kemenangan saya (dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan) akan memperlihat perkembangan yang lebih besar buat Gerakan. Sejak saya dilantik sebagai presiden parti, tugas saya untuk menjaga akar umbi dalam parti. Apabila kita (Gerakan) sudah kuat, kita akan memberikan laluan kepada pemimpin muda untuk mempertingkatkan lagi kedudukan parti. Tugas saya adalah memperkukuhkan akar umbi. Saya sudah terlibat dalam politik selama lebih 20 tahun. Saya akan bekerja kuat beberapa tahun lagi sebelum saya bersara, katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada pertemuan pertamanya bersama rakyat selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan di Pasar Besar Teluk Intan di sini, Ahad.
![](http://3.bp.blogspot.com/-gymfw1gYCMs/U4rcglwdw4I/AAAAAAAAelc/TgKflffdPmQ/s1600/mah+menang.jpg)