HARAPAN tinggi mengunung Dyana tidak kesampian. Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud kecewa atas kegagalannya mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan yang disandang parti itu. Walau bagaimanapun, menurut Dyana Sofya perjuangan beliau masih belum selesai dan akan terus bersama rakyat di kawasan Parlimen itu. Beliau begitu kecewa kerana tidak dapat mempertahankan kerusi Teluk Intan tetapi tetap akan berada di sini untuk rakyat dan berharap semua dapat bersama saya untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Kita hadapi kesemua jentera Barisan Nasional (BN) dan hanya tewas dengan lebih kurang 200 undi sahaja, katanya sambil menahan sebak ketika berucap di hadapan kira-kira 200 penyokong DAP di bilik gerakan parti itu, semalam.
Turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming. Dyana Sofya memperoleh 19,919 undi, tewas kepada calon BN, Datuk Mah Siew Keong (20,157 undi) dengan majoriti 238 undi. Dalam pada itu, Guan Eng berkata, DAP menerima kekalahan parti itu kepada Siew Keong buat masa ini. Katanya, parti itu akan membuat analisis terlebih dahulu dan mengemukakan bantahan sekiranya mendapati wujud faktor yang meragukan. Kami ada banyak masa. Biar kami buat analisis terlebih dahulu sebelum mengemukakan apa-apa bantahan, katanya. Selain itu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengakui wujud penurunan pola pengundian kaum Cina terhadap parti itu. Dakwanya, kemerosotan itu berlaku kerana ramai pengundi luar tidak pulang ke Teluk Intan.
Biasalah DAP ni. Bila kalah bermacam-macam alasan diberi dan mereka tetap akan menyalahkan SPR diatas kekalahan mereka itu. Kepada calon BN, Datuk Mah, tahniah, dan mulakan langkah mu, bela rakyat di Telok Intan dan kotakan apa yang telah dijanjikan. Kerana, kemenangan ini masih lagi belum selesai, dan perjuangan masih jauh. Ayuh BN...BN boleh! Wasallam ~ IBM