Sunday, June 1, 2014

PIALA FA 2014 : FELDA UNITED JUMPA PAHANG DI FINAL

AHAD, 01 JUNE 2014
FELDA UNITED mencatat sejarah melangkah ke perlawanan akhir Piala FA selepas menumpaskan penyandang juara, Kelantan pada separuh akhir di Stadium Shah Alam, sebentar tadi. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2 dan kedua-dua pasukan terikat menerusi agregat 5-5, namun Felda menempah pertemuan dengan Pahang menerusi peraturan gol di tempat lawan. Felda mendahului 1-0 pada minit ke-20 menerusi pemain veteran, Indra Putra Mahayuddin, namun Mohd. Izuan Rosli menyamakan kedudukan 1-1, sembilan minit kemudian.

Penyokong Kelantan gembira seketika selepas penyerang import, Francis Forkey Doe meletakkan mereka di depan pada minit ke-34, namun kegembiraan Red Warriors tidak bertahan lama apabila Edward Junior memastikan kejayaan Felda menerusi gol penyamaan minit ke-45. Selamat maju jaya kepada kedua-dua finalist ini. Siapa main baik, dia jadi juara. Majulah sukan untuk negara. Wasallam IBM. SUMBER : UTUSAN ONLINE
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...