MEMANG ada desas-desus mengatakan ada sesetengah pihak cuba membusuk-busukan nama Malaysia di negeri China ekoran tragedi kehilangan MH370. Mereka (tak payah sebut nama) cuba mengagalkan kempen/promosi tahun melawat Malaysia 2014 dan cuba melaga-laga dan memburukkan nama negara supaya rakyat China bencikan Malaysia sekali gus membatalkan hasrat mereka untuk datang melancung ke Malaysia. busuknya hati mereka-mereka ini. Tapi...bila baca kenyataan di bawah ini, lega rasa hati ini :
![](http://1.bp.blogspot.com/-XgKh5UBVxrI/U4vXfZR8MeI/AAAAAAAAeqg/L0fBS3LUkbk/s1600/Datuk_Seri_Nazri_Aziz.png)
Beliau dimaklumkan bahawa ada perjanjian persefahaman ditandatangani antara Malaysia dengan China dalam sektor pelancongan meskipun saya tidak hadir kerana menziarahi Almarhum Sultan Azlan Shah, katanya pada sidang media berkaitan kerjasama Tourism Malaysia dengan Persatuan Teksi Sango, Jepun di ibunegara semalam. Dalam perkembangan lain, beliau berterima kasih dan bersyukur dengan pembebasan wanita warga China iaitu Gao Hua Yuan, 29, dan Marcy Dayawan, 40, dari Filipina pada Jumaat setelah diculik sejak 2 April lepas. Sebagai rakyat biasa, kita juga harus mempromosikan tahun melawat Malaysia 2014 walau dengan cara apa sekali pun. Berkorban demi negara beb. Wasallam ~ IBM SUMBER - Bernama