Sunday, June 1, 2014

SUAMI RAFIDAH AZIZ MENINGGAL DUNIA. AL-FATIHAH!

AHAD, 01 JUNE 2014
SINGAPURA : Bekas pengerusi Maybank, Tan Sri Mohamed Basir Ahmad meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada 3.51 pagi Ahad. Tokoh perbankan terkenal itu meninggalkan isteri, Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, seorang anak lelaki Alfian, dua anak perempuan Rohaiza dan Rohaila serta lima cucu. Menurut Alfian, jenazah Mohamed Basir, 75 akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan tengah hari Ahad. Beliau berkata, bapanya dimasukkan ke hospital itu pada petang Jumaat. 

Sebaik tiba, jenazahnya akan dibawa ke Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara untuk disembahyangkan, sebelum dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Sementara itu, ketika dihubungi, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura Datuk Husni Zai Yaacob berkata, Mohamed Basir meninggal dunia kerana serangan jantung dan suruhanjaya tinggi itu sedang membuat persiapan untuk membawa pulang jenazah Allahyarham ke Kuala Lumpur. 

Mohamed Basir menjadi pengerusi Maybank selama 16 tahun, bermula sebagai pengarah pada 5 Ogos 1993 selepas berkhidmat sebagai penasihat Bank Negara Malaysia sejak 1980. Beliau dilantik sebagai pengerusi Maybank pada 9 Oktober 1993. Salam takziah kita ucapkan kepada keluarga Tan Sri Rafidah, moga roh suaminya, Tan Sri Mohamed Basir dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan solehin. Amin! Wasallam ~ IBM.  SUMBER : mstar
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...