Sunday, June 1, 2014

AHLI-AHLI CABANG KEMAMAN TOLAK RAFIZI. UGUT AKAN KELUAR PARTI JIKA RAFIZI MENANG

AHAD, 01 JUNE 2014
KALAU parti dah tongang-langang, berceramuk, unsur-unsur gengsterism menyusup ke dalam parti, siapa yang ingin nak jadi ahli. Ahli-ahli sekarang banyak yang cerdik pandai sekarang ini. Mereka boleh menilai. Lagi kejutan dan berita yang kurang enak didengar oleh PKR. Kira-kira 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kemaman mengugut untuk keluar parti beramai-ramai jika keputusan pemilihan jawatan ketua cabang itu berpihak kepada Rafizi Ramli. Ini dijelaskan oleh bekas Ketua Ranting PKR Jalan Jakar, Teow Chew Huat, 58, mendakwa, tindakan itu akan diambil sebagai tanda protes terhadap tindakan pihak tertentu menggugurkan bekas naib ketua, Lee Sang Liem daripada bertanding jawatan Timbalan pada saat-saat akhir. Menurutnya, kira-kira 200 ahli PKR sekitar Air Jernih dan 100 ahli di Jalan Jakar yang majoritinya berketurunan Cina akan mengambil tindakan itu apatah lagi, beliau percaya majoriti ahli sebenarnya lebih menyenangi pencabar Rafizi, iaitu Mohd Ramlee Hamzah. 

Katanya, tindakan menghalang Sang Liem daripada bertanding amat dikesali memandangkan bekas Naib Ketua Cabang itu merupakan seorang komited dan sangat setia kepada parti. Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas selesai proses Pemilihan Cabang PKR Kemaman di sini hari ini. Chew Huat berkata, beliau dan rakan-rakan lain nekad keluar PKR sekiranya calon pilihan mereka iaitu Mohd. Ramlee tewas kepada Rafizi dan kemungkinan menyertai DAP. Kalau nak main kotor macam ini, lebih baik tak buat pemilihan, kekalkan saja kepimpinan yang ada sekarang, kalau nak buat juga biarlah telus, tegasnya. Nampaknya politik pancung-memancung berluasa didalam PKR yang mana sebelum ini mereka melaung-melaung bahawa parti PKR mengamalkan demokrasi dan bertanding seperti adik-beradik. Tapi, semuanya itu adalah retroik semata-mata. PKR cakap tak serupa bikin, sama seperti 'Punasihat' mereka, Anwar Brahim. Bila lagi PKR ni nak berkubur ye? Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...